Home / Kejohanan / Antarabangsa / Piala Sultan Azlan Shah : 18 Terbaik

Piala Sultan Azlan Shah : 18 Terbaik

Dua perlawanan persahabatan menentang new zealand telah membantu Stephen Van Huizen memilih 18 pemain terbaik

Dua perlawanan persahabatan menentang new zealand telah membantu Stephen Van Huizen memilih 18 pemain terbaik

 

KUALA LUMPUR ,25 April 2017;  Selepas melalui dua perlawanan ujian menentang New Zealand sebagai persediaan menghadapi Piala Sultan Azlan Shah 2017, Konfederasi Hoki Malaysia  mengumumkan senarai 18 orang pemain yang bakal menggalas tanggungjawab untuk membantu skuad negara menghadapi perlawanan Piala Sultan Azlan Shah 2017.

Jelas pengendali Malaysian Tigers, 18 orang pemain yang telah dipilih merupakan pemain terbaik yang dimiliki oleh negara dan mampu untuk memberikan saingan yang sengit kepada lima lagi pasukan yang bertanding.

“Saya gembira dengan pemilihan pemain untuk ke Piala Sultan Azlan Shah 2017 kerana saya boleh katakana ini adalah pasukan yang cukup seimbang.

Kehadiran semula Firhan kedalam skuad kebangsaan pasti menambah sengat buat pasukan negara

Kehadiran semula Firhan kedalam skuad kebangsaan pasti menambah sengat buat pasukan negara

“Jika di Hoki Liga Dunia Pusingan Kedua saya kehilangan khidmat S. Kumar kerana permintaannya untuk tidak beraksi ekoran isterinya melahirkan anak, Firhan Ashari pula melangsungkan perkahwinan sementara Faizal Saari dan Haziq Samsul mengalami kecederaan, saya cukup gembira dengan kehadiran mereka dalam skuad Piala Sultan Azlan Shah kerana pastinya mereka yang mempunyai banyak pengalaman mampu untuk membantu pasukan.

Penampilan sulung Syed Mohamad Syafiq di Ipoh ditagih oleh Stephen Van Huizen

Penampilan sulung Syed Mohamad Syafiq di Ipoh ditagih oleh Stephen Van Huizen

“Selain itu saya juga dapat mencuba khidmat Syed Syafiq Syed Cholan dalam kejohanan ini,” ujarnya.

Tambah Stephen lagi, kebimbangan pasukan mengenai ketumpulan pukulan sudut penalti telah berjaya diatasi dalam dua perlawanan ujian menentang New Zealand baru-baru ini dan beliau yakin dengan peningkatan yang tinggi telah ditunjukkan oleh pemain-pemainnya.

“Ketika beraksi di Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua, ketumpulan pukulan sudut penalti menjadi salah satu masalah yang membimbangkan kami. Tetapi kini saya boleh berasa lega kerana saya percaya kami telah memperbaiki kelemahan tersebut.

“Jadi di Piala Sultan Azlan Shah, kami akan terus menilai bagaimana persembahan pasukan terutamanya ketika pukulan sudut penalti semasa kami melakukan serangan mahupun bertahan.”

 

Ketua Pasukan Negara Shukri Mutalib jelas gembira dengan kehadiran semula pemain pemain berpengalaman dalam skuad kebangsaan

Ketua Pasukan Negara Shukri Mutalib jelas gembira dengan kehadiran semula pemain pemain berpengalaman dalam skuad kebangsaan

Sementara itu kapten pasukan negara, Sukri Mutalib gembira dengan kembalinya pemain yang berpengalaman seperti S.Kumar, Faizal Saari, Haziq Samsul dan Firhan Ashar, namun menganggap ia bukanlah tiket untuk skuad negara berasa selesa tetapi perlu lebih berhati-hati dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2017.

“Kembalinya mereka merupakan sesuatu yang positif kerana mereka merupakan pemain yang berpengalaman dan bagi saya kembalinya mereka juga menambah lagi kekuatan pasukan.

“Walaupun kami mempunyai nama-nama besar yang kembali memperkuatkan pasukan, ia tidak bermakna kami boleh berasa terlalu yakin dan selesa. Kami perlu berusaha lebih keras untuk mengharungi kejohanan kali ini.”

Sukri juga telah menetapkan sasaran peribadi untuk menamatkan saingan kali ini lebih baik daripada tahun lalu dan mahu memastikan pasukan tidak tewas kepada Jepun yang berada di ranking bawah Malaysia.

“Saya mahu menamatkan kejohanan ini lebih baik daripada tahun lalu, jika tahun lalu kami menamatkan saingan di tempat keempat, saya mahu tahun ini kami tamat di tempat ketiga.

“Bagaimanapun saya perlu realistik kerana empat pasukan yang bersaing berada di ranking atas Malaysia, hanya satu pasukan bawah Malaysia.

“Jadi saya tidak mahu kami tewas kepada pasukan yang berada di ranking bawah daripada Malaysia iaitu Jepun.”

 

Berikut merupakan senarai 18 pemain yang menyertai Piala Sultan Azlan Shah 2017:

Penjaga gol: S. Kumar  dan Muhammad Hafizuddin Othman

Pertahanan: Mohamad Sukri bin Abdul Mutalib, Muhammad Razie Abdul Rahim, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, Faiz Helmi Jali dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan

Tengah: Muhammad Marhan Mohd Jalil, Mohd Fitri Saari, Nabil Fiqri Mohd Noor, Meor Muhamad Azuan Hasan dan Muhammad Azri Hassan.

Penyerang: Muhammad Firhan  Ashaari, Muhammad Shahril Saabah, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Muhammad Haziq Samsul, Nik Mohammad Aiman Nik Rozemi dan Faizal Saari.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top