Home / Kejohanan / 1MAS-MILO-KPM U16 Lelaki : Yop Juara Lagi

1MAS-MILO-KPM U16 Lelaki : Yop Juara Lagi

Pemain Perak meraikan kejayaan menjulang kejuaraan buat kali ke dua berturut turut setelah menundukkan Johor menerusi Penalti Shoot Out

Kuala Lumpur,25 Mac 2018 ; Perak sekali lagi membuktikan kejaguhan mereka di peringkat akar umbi apabila mengulangi kejayaan musim lalu setelah menundukkan Johor menerusi pukulan penalti setelah terikat 1-1 di dalam masa penuh perlawanan.

Mohamad Zulhanif bin Sahran meraikan jaringan pembukaan buat Perak bersama rakan sepasukan diminit ke 5 perlawanan

Perak yg turun selaku juara bertahan dilihat lebih mendominasi perlawanan pada 10 minit pertama perlawanan dan ini terbukti apabila mereka berjaya membuka jaringan menerusi Mohamad Zulhanif bin Sahran diminit ke 5 perlawanan setelah berlaku kelam kabut dihadapan pintu gol Johor.

Johor yang tersentak dengan jaringan tersebut kembali menyusun perlawanan dan dilihat sering mencemaskan kubu Perak namun sering digagalkan dengan kekebalan benteng pasukan lawan. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama perlawanan.

Hujan yang mula turun sebaik separuh masa kedua bermula bagaikan rahmat buat pasukan Johor apabila mereka tidak perlu menunggu lama bagi menyamakan kedudukan. Alfarico Lance Liau Jr berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti buat Johor menewaskan penjaga gol Perak Muhamad Rusyaidi diminit ke 35 perlawanan. Perlawanan kembali rancak selepas jaringan tersebut dengan kedua dua pasukan saling melancarkan serangan namun sering di kecewakan dek ketumpulan barisan serangan. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan memaksa penentuan pemenang ditentukan menerusi pukulan penalti.

Rezeki jelas milik Perak apabila menyempurnakan semua pukulan manakalan Johor terpaksa akur apabila Muhammad Noor Ismail dan Syahril Syafiq gagal membolosi gawang Perak yang cemerlang di kawal Muhamad Rusyaidi seterusnya menjulang Perak kejuaraan Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2018.

Kejayaan ini jelas satu kejayaan besar buat Jurulatih Perak Abdul Sukur Adam dan Taib Mat Husin apabila mengambil alih pasukan seminggu sebelum kejohanan bermula. Biarpun tidak meletakkan harapan tinggi ketika tiba di Bukit Jalil namun anak anak buah mereka membuktikan dengan kepakaran taktikal yang dimiliki oleh Abdul Sukur Adam dan Taib Mat Husin serta kesungguhan dan semangat pemain mereka sekali lagi bergelar juara Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2018.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top