Home / Kejohanan / 1MAS-MILO-KPM U16 Wanita: Pahang Tepati Ramalan

1MAS-MILO-KPM U16 Wanita: Pahang Tepati Ramalan

Pemain pemain wanita Pahang meraikan kejuaraan setelah berjaya menundukkan cabaran Kuala Lumpur dalam perlawanan akhir.

Kuala Lumpur,25 Mac 2018 ; Pahang menepati ramalan selaku pasukan pilihan musim ini apabila menjulang kejuaraan 1MAS-MILO-KPM U16 kategori wanita setelah mudah menundukkan juara musim lalu Kuala Lumpur 3-0 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lalu.

Pahang tidak perlu menunggu lama bagi  membuka tirai jaringan apabila Nurul Fatin Fatiah Azman menyempurnakan pukulan sudut penalti diminit ke 8 perlawanan. Biarpun Kuala Lumpur cuba menggandakan asakan namun pemain pemain Pahang jelas lebih bijak mendominasi perlawanan dan mereka berjaya menambah jaringan di saat akhir perlawanan separuh masa pertama apabila Thibatharshini James tidak mempersiakan peluang yang terhidang setelah penjaga gol Kuala Lumpur Nurul Qamarina gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya setelah menyelamatkan pukulan sudut penalti ketua pasukkan Pahang Nur Nabila Alia.

Penjaring gol ke dua Pahang Thibatharshini a/p James meraikan jaringan bersama ketua pasukan nya Nur Nabila Alia di minit ke 30 perlawanan

Biarpun Kuala Lumpur cuba bangkit sebaik separuh masa kedua bermula namun ketenangan barisan anak anak buah Sabri Mohamad menjadi penghalang buat Kuala Lumpur mencipta jaringan. Sebalik nya Pahang berjaya menambah jaringan ke 3 diminit ke 57 perlawanan menerusi Nur Shazwani Zakaria bagi mengesahkan kejuaraan 2018 milik Pahang.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top