Home / Berita & Artikel / Kesilapan Kita Sebagai Jurulatih Pembangunan

Kesilapan Kita Sebagai Jurulatih Pembangunan

Jurulatih di peringkat pembangunan menjadi asas pembentukan pemain pemain bertaraf dunia – gambar sekadar hiasan

 

Masuk 2018 ni terasa nak menulis artikel untuk dikongsi bersama. Apa yang dituliskan adalah mengenai pembangunan akar umbi yang menjadi tunjang penentu sukan hoki tanah air kita. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh semua pihak bagi melahirkan produk baru untuk masa depan samada secara berstruktur ataupun hanya kerana minat yang mendalam terhadap hoki.

Perkara yang hendak ditimbulkan di sini adalah seperti berikut :

  1. Bermain untuk mengejar kejuaraan.

Untuk permulaan di peringkat akar umbi, matlamat utama adalah kemahiran asas hoki itu sendiri, tolak, tahan, pukul, bawa bola. Asas pun tidak mahir, bagaimana nak jadikan mereka potensi untuk masa depan? Kita perlu fokus pada IQ  pemain, kekuatan fizikal dan kecergasan, di samping memastikan akademi mereka berada di paras yang baik. Tetapi apabila anda sebagai jurulatih meletakkan kejayaan sebagai kriteria utama, anda akan mendesak pemain-pemain ini dari sudut fizikal dan mental hanya untuk kemenangan. Untuk siapa? Untuk KPI anda sendiri. Betulkan semula matlamat anda. Tetapkan niat untuk melahirkan bakat-bakat baru yang berpotensi untuk masa depan.

  1. Saiz sebagai faktor utama.

Mereka masih kanak-kanak. Ingat tu. Ada yang mula membesar pada umur 15 tahun. Setiap perkembangan individu itu berbeza. Ada yang mencapai akil baligh lebih awal yang memungkinkan mereka mempunyai ketinggian yg lebih atau saiz badan yang lebih besar. Pembesaran fizikal kebiasaannya berakhir lebih kurang pada umur 17-18 tahun. (jadi tak perlulah terpedaya dengan produk menambahkan ketinggian ye) Saiz bukanlah kriteria untuk memilih pemain di dalam pasukan. Yang penting adalah kebijaksanaan di dalam padang. Kebijaksanaan ini merangkumi banyak perkara namun yang penting sekali adalah pemain mampu membuat keputusan yang terbaik mengikut situasi.

  1. Jenis latihan yang diterapkan.

Saya merasakan ini aspek yang paling lemah bagi jurulatih-jurulatih di bawah peringkat umur. Ada yang bersemangat nak melatih hoki namun tidak mempunyai kepelbagaian jenis latihan yang hendak dipraktikkan. Selain daripada asas hoki, beberapa aspek lain yang perlu diterapkan di dalam latihan adalah :

  • Agility (ketangkasan)
  • Fitness (kecergasan)
  • Strength (kekuatan)
  • Motor learning skills (kemahiran otak berfikir atau bertindak)

Dan yang paling penting, pastikan sesi latihan anda seronok supaya mereka mempunyai emosi yang positif di dalam padang.

  1. Wrong side, PUKUL !!!

Sudah-sudah lah tu. Tiada lagi istilah bawa kanan, angkat kayu, pukul. Hoki moden, pemain boleh tackle atau mencuri bola dari mana-mana arah asalkan tidak mengetuk kayu pemain lawan. Hormati lawan kita. Jangan musnahkan karier pemain lawan. Ajar pemain anda bermain keras, bukan bermain kasar/jahat.

Apa-apa pun, saya menghormati jurulatih-jurulatih di peringkat akar umbi. Cuma saya berharap setiap negeri ada Ketua Kejurulatihan yang memantau atau mengadakan program/klinik/seminar untuk jurulatih di negeri masing-masing. Jurulatih juga perlu dilatih. Mereka mempunyai minat tetapi tidak mempunyai asas kejurulatihan. Saya sendiri di dalam proses untuk merancang program pembangunan hoki, di mana saya ingin adakan tempat untuk pemain hoki saya (UNITEN) pula melatih pemain-pemain muda. Doakan projek saya berjaya.

Jumpa lagi di artikel akan datang.

-Coach Kome-

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top