Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / Abe kembali Garang

Abe kembali Garang

Pertahanan UniKL terpaksa bekerja keras bagi menghalang kemaraan ayam tambatan THT Faizal Shaari

Pertahanan UniKL terpaksa bekerja keras bagi menghalang kemaraan ayam tambatan THT Faizal Shaari

Bukit Jalil, 31 Oktober  2014;Jaringan 5 gol oleh penyerang paling prolifik negara Faizal Shaari sudah cukup untuk menghadirkan derita buat pasukan UniKL dengan keputusan 7-0 dalam perlawanan TNBMHL 2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi.

Faizal Shaari atau lebih dikenali dengan nama Abe membuktikan biar pun beliau berehat dari aksi skuad negara dalam sukan komanwel dan sukan asia yang lalu bahawa penyudah beliau masih tajam dan gerakan serta kepantasan beliau sedikit pun tidak berkarat. Abe tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan apabila menyudahkan pukulan sudut penalti di minit ke 12. Beliau tidak menunggu lama untuk menambah koleksi jaringan beliau apabila mudah menolak masuk ke gawang UniKL di minit ke 16. Faizal seperti tidak puas dengan 2 jaringan dan beliau menambah lagi koleksi beliau di minit ke 20 sekali lagi melalui pukulan sudut penalti.

Trengganu Hockey Team seperti tidak puas apabila giliran Baljit Singh menambah derita skuad kendalian jurulatih skuad remaja negara Arul Selvaraj apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 25. Kedudukan 4-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Ketika ramai yang beranggapan pasukan THT akan melonggarkan permainan di separuh masa kedua, Faizal Shaari membuktikan anggapan mereka silap apabila menjaringkan gol ke 6 di minit ke 32. Faizal seterusnya melengkapkan koleksi 5 jaringan beliau apabila menjaringkan gol padang di minit ke 43 manakala Firhan Ashaari melengkapkan malam gemilang THT apabila menyumbat gol ke 7 THT di minit ke 45. Kedudukan 7-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top