Home / Advetorial / Abe,Jang bawa THT ke Final

Abe,Jang bawa THT ke Final

Faizal Shaari menjadi duri dalam daging buat Maybank

Faizal Shaari menjadi duri dalam daging buat Maybank

Bukit Jalil, 12 Dec 2014; Juara TNBMHL yang baru ditabalkan membuktikan sekali lagi bahawa mereka adalah pasukan pilihan bagi menjuarai Piala TNB 2014 apabila mudah membenam cabaran Maybank dlm separuh akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi. Kemenangan itu membolehkan THT melangkah ke perlawanan akhir dengan agregat 10- 4.

THT membuktikan bahawa mereka hadir ke Bukit Jalil dengan nafsu yang cukup besar apabila mudah mendahului Maybank 5-0 di separuh masa pertama. Gol gol tersebut hadir dari hatrik pemain import dari Korea Selatan Jang Jong Hyun di minit ke 7,8 dan 15 dan semuanya hadir menerusi pukulan sudut penalti. Ismail Abu juga tidak ketinggalan mengukir nama sebagai penjaring menerusi gol padang yang menarik di minit ke 13 sambil seorg lagi pemain Korea Seo Jong Ho melengkapkan 5 jaringan sebelum siren penamat di bunyikan.

Faizal Shaari yang tidak mengukir nama di separuh masa pertama sebagai penjaring di lihat lebih agresif di separuh masa kedua apabila berjaya menambah jaringan ke 6 buat THT diminit ke 35. Gol itu merancakkan lagi permainan namun permainan terpaksa dihenti kan pada minit ke 41 ekoran hujan lebat yang turun di Stadium Hoki Bukit Jalil. Permainan yang tergendala hampir 45 minit itu bersambung semula dengan jelas milik pasukan THT dan Faizal Shaari apabila Faizal berjaya melengkapkan hatrik beliau apabila menambah 2 lagi jaringan menerusi gol padang di minit ke 44 dan 60. Maybank hanya mampu memperolehi gol sagu hati di minit ke 55 menerusi pemain berpengalaman mereka Jiwa Mohan.

Kemenangan ini membolehkan THT layak ke final piala TNB 2014  buat kali pertama dalam sejarah penubuhan mereka dan lawan mereka di final nanti adalah KLHC. Perlawanan akhir akan berlangsung hari ahad ini jam 7 malam.

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top