Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Alagendra 2018 : Harte, Roslan Taruhan Separuh Akhir

Alagendra 2018 : Harte, Roslan Taruhan Separuh Akhir

 

Kuala Lumpur, 6 Januari 2018; Piala Tan Sri P Alagendra semakin menuju ke kemuncak nya dengan 2 perlawanan separuh akhir menjadi medan penentu pasukan manakah yang akan beraksi di pentas final ahad ini. Namun pertemuan KLHC dan UniKL pasti nya menjadi tumpuan seluruh peminat hoki tanah air kerana kemampuan pemain kedua dua pasukan yang dilihat seimbang dan berpengalaman.

Namun ketika ramai melihat penyudah pukulan sudut penalti pemain import dari Korea Selatan Jang Jonghyun dan Razie Rahim untuk pasukan KLHC atau penyudah tajam serta kepintaran Kieran Ian Govers dari UniKL, taruhan sebenar pasti diletakkan di bahu  penjaga gol  kedua dua pasukan.

Ketangkasan dan ketenangan Roslan pasti ditagih rakan rakan sepasukan beliau bagi membawa KLHC ke pentas final

Bagi KLHC, pengalaman dan ketenangan Roslan Jamaludin dilihat aset dan senjata utama mereka. Ini terbukti apabila Roslan dipaksa bekerja keras ketika pertemuan suku akhir bertemu TNB tempoh hari. Dan boleh dikatakan jika tidak kerana ketangkasan beliau, KLHC mungkin sudah pun berputih mata tempoh hari. Biarpun sudah bersara dari arena antarabangsa, namun beliau yang masih segar dengan kejayaan piala Tun Abdul Razak bersama pasukan negeri kelahiran nya Perak November lalu pasti berazam untuk mengulangi prestasi yang sama untuk aksi liga musim ini.

David Harte pasti memberi persembahan terbaik beliau bagi membuktikan beliau adalah penjaga gol bertaraf dunia

Bagi UniKL pula, ketangkasan David Harte di gawang tidak perlu dipertikaikan lagi. Diiktiraf sebagai penjaga gol terbaik dunia serta kemampuan beliau mengawal dan memberi arahan kepada barisan pertahanan beliau menjadi aset yang amat berharga buat pasukan UniKL untuk memasang impian layak ke final buat kali pertama. Namun, biarpun sudah beraksi dua perlawanan, beliau masih belum menunjukkan aksi sebenar beliau kerana dua perlawanan tersebut mereka bertemu dengan pasukan yang masih belum mampu memberi tentangan pada pasukan UniKL.

Sama ada Roslan yang bergembira atau Harte yang girang menghitung masa untuk beraksi di pentas final hanya aksi sepasukan sahaja yang mampu memberi jawapan dan tidak mustahil penjaga gol akan diangkat wira seandainya perlawanan separuh akhir ditentukan menerusi penalti shoot out.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top