Home / Kejohanan / Alagendra 2018 : Milik KLHC

Alagendra 2018 : Milik KLHC

KLHC buktikan mereka lebih Gah setelah berjaya tundukkan musuh tradisi mereka THT dalam perlawanan akhir menerusi penalti shoot out

Kuala Lumpur, 7 Januari 2018;  KLHC jelas membuktikan pemain pemain mereka telah bersedia dari segi mental dan fizikal apabila berjaya menundukkan THT menerusi penalti shoot out dalam perlawanan akhir Piala Tan Sri P Alagendra biarpun ketinggalan 2 jaringan di suku pertama perlawanan.

Perlawanan 60 minit berkesudahan dengan kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 3-3 dan mengheret permainan hingga ke penentuan shoot-out dimana KLHC berjaya untuk memusnahkan impian THT untuk mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan meraka 4-3 dalam penentuan tersebut.

Perlawanan seimbang dan saling berbalas serangan dipamerkan kedua dua pasukan sebaik wisel permulaan dibunyikan. Malah penampilan pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia jelas menjadi tarikan utama perlawanan akhir ini. Malah Gonzalo Peillat membuktikan kehadiran beliau ke liga Malaysia bukan untuk sekadar menikmati keindahan negara ini apabila berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 10 perlawanan. Gol itu menyemarakkan lagi semangat pemain THT apabila berselang seminit kemudian THT yang sekali lagi dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti memastikan pasukannya melebarkan kedudukan 2-0 apabila kali ini giliran Manraj Singh Sarjit Singh untuk terus meletakkan THT dihadapan.

Ketinggalan 2-0 di suku pertama nyata tidak mematahkan semangat anak-anak buah Lim Chiow Chuan untuk bangkit dan menjadikan aksi di suku kedua milik mereka dan mengikat kedudukan 2-2. Bermula dengan jaringan pukulan sudut penalti import Korea Selatan KLHC, Jang Jonghyun pada minit ke-16, KLHC terus bangkit mengikat kedudukan pada minit ke-23 menerusi Mohd Syamim Mohd Yusof yang turut menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti.

THT bagaimanapun mempunyai peluang terbaik untuk menamatkan separuh masa pertama di hadapan menerusi Peillat namun pukulan sudut penalti ketiga yang dimiliki THT dinafikan oleh palang gol.

Bersambung suku ketiga, KLHC terus melebarkan kedudukan dengan jaringan pemain import Australia mereka, Joshua Pollard pada minit ke-34 menerusi gerakan padang dan KLHC dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti ketujuh perlawanan namun Razie Rahim sekali lagi tidak berjaya untuk menterjemahkannya kepada jaringan.

Dlaam pada itu kekalutan yang berlaku di kawasan ‘D’ KLHC pada suku keempat nyata memberikan kelebihan untuk THT apabila dihadiahkan dengan pukulan stroke pada minit ke-53 dan Peillat tidak mempunyai masalah untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti shoot-out apabila perlawanan 60 minit berkesudahan 3-3.

Gonzalo Peillat dipilih selaku pemain terbaik perlawana akhir setelah membantu THT menyumbat 2 gol buat THT di perlawanan akhir

 

Keputusan seri yang dicatat dalam 60 minit perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi hadiah kemenangan RM 100,000.00 dimana kedua-dua pasukan akan membawa pulang RM 50,000.00 setiap pasukan dan Gonzalo Peillat (THT) yang dinobatkan selaku pemain terbaik kejohanan membawa pulang RM 1000.00

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top