Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / Amukan sang penyu

Amukan sang penyu

Pemain import THT Ammad Shakeel Butt beraksi cemerlang biarpun cuba dihalang oleh pemain import Maybank Muhammad Toseeq

Pemain import THT Ammad Shakeel Butt beraksi cemerlang biarpun cuba dihalang oleh pemain import Maybank Muhammad Toseeq

Bukit Jalil,7 Ogos 2015; Juara berganda musim lalu bangkit dari kekecewaan tewas piala sumbangsih minggu lalu apabila membelasah Maybank 5-1 dalam pertemuan Liga Premier TNBMHL 2015 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam. Kemenangan ini pasti memberi kelegaan setelah longlai ketika beraksi perlawanan pertama minggu lalu.

THT bagaikan harimau terluka apabila mempamerkan aksi yang lebih tersusun dan agresif sebaik siren permulaan dibunyikan. Mereka tidak menunggu lama bagi membuka jaringan apabila penjaring terbanyak TNBMHL musim lalu Faizal Saari berjaya merobek gawang Maybank di minit ke 9 perlawanan. Maybank yang cuba bangkit selepas jaringan tersebut jelas terus kebuntuan idea apabila gagal melepasi benteng THT yang diketuai oleh Azlan Misron. Ketika Maybank cuba mencari gol penyamaan Faizal sekali lagi membuktikan ketajaman beliau apabila berjaya menambah gol ke dua THT di minit ke 27 perlawanan. Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Ketika Maybank mengharapkan kebangkitan di separuh masa kedua, pemain import THT Jose Leandro Tolini menambahkan lagi derita buat Maybank apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 31 perlawanan. Maybank yang tersentak dengan jaringan tersebut cuba bangkit dan memperkemaskan lagi permainan mereka dan usaha mereka berhasil apabila Muhammad Amerullah Abd Aziz berjaya merapatkan jurang di minit ke 37 perlawanan. Namun gol itu gagal menambahkan lagi semangat Maybank apabila Faizal Saari melengkapkan hatrik beliau di minit ke 39 perlawanan sebelum Tengku Ahmad Tajuddin melengkapkan malam gemilang THT dgn jaringan ke 5 pasukan di minit ke 41 perlawanan.

Kemenangan ini meletakkan THT ditangga ke 4 liga dengan 3 mata manakala Maybank terus mencari mata pertama mereka setelah tunduk dalam 2 perlawanan pertama mereka berturut turut.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top