Home / Kejohanan / Anderson mengaum di Kuala Lumpur

Anderson mengaum di Kuala Lumpur

Pertahanan BJSS Thunderbolt Muhammad Rahimi bin Rosley cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sambil cuba dicabar penyerang Anderson Thunderbolt Muhammad Azrai Aizad bin Abu Kamal

Pertahanan BJSS Thunderbolt Muhammad Rahimi bin Rosley cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sambil cuba dicabar penyerang Anderson Thunderbolt Muhammad Azrai Aizad bin Abu Kamal

Kuala Lumpur,21 April 2017; Anderson Thunderbolt mengejutkan juara musim lalu BJSS Thunderolt 2-1 dalam pertemuan TNBMJHL2017 di Stadium Hoki KLHA petang semalam.

Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama buat pasukan Anderson Thunderbolt dalam 2 perlawanan setelah tewas di tangan pasukan MBPJ dalam perlawanan pertama manakala perlawanan kedua mereka bertemu AHP MSP Pahang terpaksa ditunda akibat hujan lebat. Kemenangan Anderson ini juga memadamkan rekod tanpa kalah pasukan BJSS dalam 3 perlawanan pertama mereka musim ini.

Anderson Thunderbolt yang hadir di Kuala Lumpur sebagai pasukan ‘underdog’ lebih dulu membuka jaringan menerusi penyudah pukulan sudut penalti yang sempurna oleh Muhammad Azrai Aizad bin Abu Kamal pada minit ke 22. Namun gol itu tidak bertahan lama apabila BJSS Thunderbolt berjaya menyamakan kedudukan 2 minit berselang menerusi jaringan penalti Arif Sabron. Jaringan itu menyemarakkan lagi perlawanan dimana kedua pasukan saling berbalas serangan namun Anderson Thunderbolt lebih bertuah apabila berjaya menambah jaringan di minit ke 28 menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Aiman Shahmi b Marzuki.

Biarpun BJSS Thunderbolt cuba meningkatkan lagi permainan diseparuh masa kedua namun kekebalan benteng pertahanan serta ketangkasan penjaga gol Anderson Thunderbolt berjaya membuatkan pasukan Anderson pulang ke Ipoh dengan 3 mata.

Jurulatih pasukan Anderson Thunderbolt Muhammad Nizam Hashim menyifatkan kemenangan ini merupakan satu kemenangan yang cukup membanggakan buat pasukan nya kerana berjaya menundukkan pasukan BJSS Thunderbolt merupakan sebuah pasukan yang cukup hebat serta dilabelkan sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan musim ini. Namun kerisauan buat pasukan ini adalah terpaksa mengharungi jadual yang padat serta kepenatan bertandang ke gelanggang lawan selepas ini.

Manakala jurulatih pasukan BJSS Thunderbolt Lokman Yahya melihat kekalahan ini dari sudut yang positif kerana perjalanan liga masih di peringkat awal dan yakin pemain pemain BJSS Thunderbolt mampu bangkit menghadapi cabaran perlawanan selepas ini.

Sementara dalam perlawanan lain SSTMI Thunderbolt berjaya menundukkan AHP MSP Pahang Thunderbolt 2-1 manakala di Stadium Hoki Pandamaran Olak- Nurinsafi membenam cabaran BJSS Jrs 5-1.

 

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top