Home / Kejohanan / Tempatan / MWHL 2014 / Berita MWHL2014 / ATM Di Puncak Liga

ATM Di Puncak Liga

Penyerang utama ATM PERNAMA Izuin Ismail berjaya membolosi gawang SSN Selangor

Penyerang utama ATM PERNAMA Izuin Ismail berjaya membolosi gawang SSN Selangor

Bukit Jalil,12 April 2014; ATM PERNAMA melonjak ke puncak liga setelah membenam SSN  Selangor 4-0 dalam pertemuan Liga Hoki Wanita Kebangsaan 2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi.

Walaupun begitu ATM PERNAMA dilihat agak tertekan di separuh masa pertama apabila barisan hadapan buntu dalam merencana gerakan ke arah pintu gol SSN Selangor. Menyedari hanya kemenangan besar sahaja yang dapat menjamin tempat ke perlawanan akhir membuatkan para pemain ATM dilihat bermain dalam tekanan. Sehingga siren penamat separuh masa pertama tiada sebarang jaringan gol yang dapat dilakukan.

ATM PERNAMA yg diketuai oleh pemain kebangsaan Nuraini Abdul Rashid tampil dengan aksi berbeza diseparuh masa kedua. Mereka hanya memerlukan 6 minit sahaja apabila Suzana Mohamad Nazir memecah kebuntuan apabila membuka tirai jaringan. Jaringan itu menambahkan lagi sengat pasukan ATM yang terus melancarkan serangan dan 10 minit kemudian giliran Elizawati Ismail pula mencipta nama selaku penjaring gol ke 2. Barisan ATM sedar perbezaan jaringan gol mampu menjadi penentu tempat didalam kedudukan liga lalu mereka sedikit pun tidak merasa puas dengan jaringan 2 gol yang telah di perolehi. Izuin Ismail menambah jaringan ke 3 melalui satu gerakan solo yang menarik yg memerangkap penjaga gol dan pertahanan pasukan SSN  Selangor, Ketika perlawanan dijangka berakhir dengan jaring 3 gol sahaja Suzana Mohamad Nazir berjaya menambah koleksi jaringan peribadi beliau di minit ke 69.

Kemenangan 4-0 ini melonjak ATM PERNAMA ke tangga teratas liga manakala SSN Selangor kekal ditangga terbawah liga.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top