Home / Kejohanan / Tempatan / MWHL 2014 / Berita MWHL2014 / ATM PERNAMA Juara Wanita 2014

ATM PERNAMA Juara Wanita 2014

Pemain ATM meraikan jaringan penyamaan oleh Siti Noor Amarina Ruhani

Pemain ATM meraikan jaringan penyamaan oleh Siti Noor Amarina Ruhani

Bukit Jalil, 11 Mei 2014; ATM PERNAMA berjaya mengungguli kejuaraan Liga Hoki Wanita Kebangsaan 2014 setelah berjaya menundukkan pasukan pilihan UITM Lions 2-1 dalam perlawanan akhir Liga Hoki Wanita Kebangsaan 2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi.

Kedua dua pasukan turun dengan penuh keyakinan bagi memburu kejuraan dan ini dibuktikan lagi dengan permainan pantas dipamerkan kedua dua pasukan bermula siren perlawanan dibunyikan lagi. Namun UITM Lions lebih dulu membuka jaringan apabila Nur Amirah Abu Samah berjaya menyudahkan dengan sempurna hasil pukulan sudut penalti di minit ke 9 perlawanan. Tersentak dengan jaringan tersebut ATM bangkit menyusun gerakan bagi menyamakan kedudukan. Usaha ATM berhasil apabila Siti Noor Amarina Ruhani berjaya menyamakan kedudukan di minit ke 28 menerusi pukulan sudut penalti.

Permainan semakin rancak di separuh masa kedua dengan aksi saling berbalas serangan di pamerkan kedua dua pasukan. Namun usaha mereka sering dihampakan oleh ketumpulan penyudah barisan hadapan. Ketika perlawanan dijangkakan akan di bawa ke penalti “Shoot Out”, Izzuin Ismail berjaya menjaringkan gol kemenangan di minit ke 67 hasil kesilapan pertahanan UITM yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan D. Biarpun UITM cuba bangkit namun segala gala nya sudah terlambat apabila siren penamat di bunyikan.

ATM Pernama membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM15,000 selaku johan manakala UITM Lions membawa pulang RM10,000 selaku naib johan kejohanan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top