Home / Kejohanan / BJSS Thunderbolt lepasi halangan awal

BJSS Thunderbolt lepasi halangan awal

Pemain pemain BJSS Thunderbolt meraikan jaringan ke 4 pasukan oleh Muhamad Amirul Mirza bin Rozi

Pemain pemain BJSS Thunderbolt meraikan jaringan ke 4 pasukan oleh Muhamad Amirul Mirza bin Rozi

Kuala Lumpur, 16 April 2017; Juara Piala TNB musim lalu BJSS Thunderbolt melepasi halangan awal liga hoki remaja kebangsaan 2017  apabila berjaya menundukkan cabaran UniKL Young Guns 4 jaringan tanpa balas dalam perlawanan sulung mereka di Stadium Hoki Kuala Lumpur petang tadi.

Hadir selaku pasukan pilihan BJSS Thunderbolt jelas menguasai perlawanan sebaik wisel permulaan dibunyikan. Namun mereka terpaksa menunggu sehingga minit ke 18 bagi memecah kebuntuan apabila larian solo Faiq Razin Zariq bin Idris berjaya memerangkap pertahanan UniKL dan seterusnya membuka jaringan buat pasukan BJSS Thunderbolt. Belum pun sempat UniKL cuba memperkemaskan kembali permainan Arief Sabron menambah derita UniKL apabila menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke 24. Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

Biarpun UniKL Young Guns cuba bangkit di separuh masa kedua jelas pengalaman yang dimiliki oleh pemain BJSS Thunderbolt berjaya mengawal keadaan malah berjaya menambah dua jaringan lagi menerusi Muhamad Amirul Mirza bin Rozi pada minit ke 44 dan 58 perlawanan bagi melengkapkan kemenangan penuh bergaya BJSS Thunderbolt petang tadi.

Dalam perlawanan lain petang tadi SSTMI Thunderbolt berjaya menundukkan Politeknik Malaysia KPT 4-1 manakala di Ipoh MBPJ Tigers meneruskan rentak kemenangan apabila menundukkan Anderson Thunderbolt 3-1 dan AHP-MSP-Thunderbolt berjaya menundukkan Olak-Nurinsafi 3-1 di Stadium Pandamaran Klang.

Keputusan 16 April 2017:

Division 1: UniKL Young Guns 0 BJSS Thunderbolt 4; Politeknik Malaysia-KPT 1 SSTMI Thunderbolt 4; BJSS Juniors 1 SMK Dato Bentara Luar Johor Juniors 3; Anderson Thunderbolt 1 MBPJ Tigers 3; Olak-Nurinsafi 1 AHP-MSP- Thunderbolt 3.

Division 2 – Group B: MISCF UFL 2 Malay College Kuala Kangsar 2 (MISCF UFL win 2-0 in penalty shootout); TBSS Tampin 2 Johor Bahru HA 0

 

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top