Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / Dangerouslee Wira Sapura

Dangerouslee Wira Sapura

Pemain Pemain Sapura meraikan kemenangan menjulang Piala Tan Sri P Alagendra 2016

Pemain Pemain Sapura meraikan kemenangan menjulang Piala Tan Sri P Alagendra 2016

Kuala Lumpur, 13 September 2016; ​Sapura menggunakan kesempatan diatas pengalaman dimiliki para pemain mereka apabila kelab tersebut berjaya merangkul kejuaraan Piala Tan Sri P.Alagendra setelah menundukkan Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) 2-1 dalam aksi sengit yang berlangsung di Stadium Hoki Jalan Duta malam tadi.
Kedua-dua pasukan tidak menunggu lama untuk mempamerkan aksi berkelas tinggi apabila percubaan seawal minit perlawanan menerusi Firhan Ashari mencemaskan gawang TNB yang dikawal penjaga gol berpengalaman, S.Kumar yang pantas menidakkan percubaan tersebut.
TNB turut melepaskan peluang keemasan setelah Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan gagal menyempurnakan pukulan penalti strok yang diperoleh apabila percubaan tersebut berjaya ditepis Adrian Andy Albert di gawang Sapura.
Skuad bimbingan Yahya Atan itu terlebih dahulu membolosi gawang TNB apabila pukulan sudut penalti Firhan Ashari berjaya memperdayakan S.Kumar untuk jaringan pendahuluan buat Sapura pada minit ke-15 perlawanan.

Namun jaringan tersebut tidak mematahkan semangat TNB yang turut mencipta beberapa peluang menarik bagi membolosi gawang Sapura dan usaha tersebut membuahkan hasil apabila Muhammad Shahril Saabah kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-43.
Selang 10 minit kemudian, keputusan kembali berubah berpunca dari serangan balas pantas dari Mohd Khairul Naim Bin Johari dan memberikan ruang kepada Dangerouslee Anak Mathew yang tidak mensia-siakan peluang terhidang bagi meraikan jaringan kemenangan buat Sapura pada kejuaraan yang pertama kali dipertandingkan ini.

Penjaring Gol Kemenangan Sapura Dangerouslee di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir

Penjaring Gol Kemenangan Sapura Dangerouslee di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir

Lebih manis Dangerouslee turut dipilih menjadi pemain terbaik perlawanan akhir ini. Dengan kemenangan ini Sapura berjaya meraih hadiah berupa wang tunai bernilai RM 70,000,00 manakala TNB memperoleh RM 30,000,00.

About Meor Abdullah Syamim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top