Home / Kejohanan / Dominasi Thunderbolt

Dominasi Thunderbolt

Ketua pasukan Anderson Thunderbolt Muhammad Najme b Ahmad Hayazi meraikan jaringan pertama Anderson Thunderbolt di minit ke 4 perlawanan

Ketua pasukan Anderson Thunderbolt Muhammad Najme b Ahmad Hayazi meraikan jaringan pertama Anderson Thunderbolt di minit ke 4 perlawanan

Petaling Jaya, 12 mei 2017; Hasrat Juara liga TNBMJHL2017 MBPJ Tiger memadamkan dominasi Thunderbolt diperingkat separuh akhir musnah apabila tunduk di tangan Anderson Thunderbolt 2-3 pada perlawanan suku akhir di Stadium Hoki MBPJ petang semalam.

Turun sebagai pasukan pilihan setelah dinobatkan sebagai juara liga jelas memberi lebih tekanan kepada anak anak didik Harfizi Baharom apabila jelas buntu memecah benteng pertahanan lawan biarpun mengawal permainan sbebaik wisel permulaan dibunyikan. Malah corak serangan balas pasukan lawan lebih dulu menghukum pasukan tuan rumah MBPJ Tiger apabila ketua pasukan Anderson Thunderbolt berjaya menewaskan penjaga gol MBPJ Tiger Muhammad Raziq b Rahman Nasir melalui pukulan kilas diminit ke 4 perlawanan. Gol itu bagai memberi petanda tugas berat menanti pasukan tuan rumah apabila biarpun mengawal permainan namun terus buntu mencari gol penyamaan malah jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol tuan rumah serta kekentalan barisan pertahanan mereka Anderson Thunderbolt sudah pasti berjaya menambah jaringan.

Namun usaha berterusan MBPJ Tiger membuahkan hasil apabila pakar pukulan sudut penalti mereka Muhammad Nur Asyraf bin Ishak berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 20 perlawanan. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

Muhammad Nur Asyraf bin Ishak sekali lagi membuktikan ketajaman beliau menyudahkan pukulan sudut penalti apabila berjaya menambah jaringan kedua buat pasukan juara liga ini di minit ke 42 perlawanan. Namun Anderson Thunderbolts tidak perlu menunggu lama apabila giliran Muhammad Aiman Shahmi b Marzuki membuktikan ketajaman beliau apabila menyudahkan pukulan sudut penalti di minit ke 45 perlawanan bagi mengikat kedudukan 2-2.

Kedudukan 2-2 semakin merancakkan perlawanan dengan kedua pasukan saling berbalas serangan. Melalui satu serangan balas di sebelah kanan gawang MBPJ Tiger di minit ke 51 perlawanan, Muhd Aliff Ikhemal b Zamri berjaya menyudahkan hantaran silang rakan sepasukan beliau Muhammad Azrai Aizad bin Abu Kamal bagi mengubah kedudukan menjadi 3-2 buat pasukan Anderson Thunderbolt. Biarpun MBPJ Tiger cuba bangkit namun segala nya sudah terlewat apabila kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Penolong jurulatih pasukan Anderson Thunderbolt yang ditemui selepas tamat perlawanan jelas gembira dengan keputusan perlawanan itu dan menyatakan taktikal yang diatur berjaya direalisasikan serta diberi komitmen yang cukup tinggi oleh anak anak buah beliau. Manakala bagi ketua jurulatih MBPJ Tiger Harfizi Baharom jelas kecewa dengan persembahan anak anak buah beliau dan menyifatkan tekanan selaku juara liga jelas gagal dikawal oleh pemain pemain MBPJ Tiger sehingga kan beraksi dibawah prestasi sebenar mereka.

Anderson Thunderbolt akan berhadapan AHP MSP Thunderbolt di peringkat separuh akhir dimana AHP MSP Thunderbolt tidak berhadapan masalah apabila berjaya menundukkan SSTMI Junior 3-1 di Kuantan. Manakala dalam satu lagi aksi separuh akhir ahad ini akan menemukan finalis musim lalu SSTMI dan BJSS bagi melengkapkan 4 pasukan Thunderbolt di peringkat separuh akhir.

 

 

 

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top