Home / Berita & Artikel / Evolusi sukan negara, kemana arah tuju.

Evolusi sukan negara, kemana arah tuju.

Mampukah evolusi negara kini mampu membawa anak anak muda ini mengecapi kejayaan di pentas dunia?

Di awal penglibatan Malaya (sebelum merdeka) dlm bidang sukan, rata-rata atlet adalah pekerja sepenuh masa sektor awam antaranya JKR, TNB (Kelab Kilat), KTM, Pos, Polis, Tentera dll.

Situasi ini berterusan hingga tertubuhnya Tanah Melayu yg merdeka dimana sebahagian besar atlet adalah kakitangan sepenuh masa sektor awam. Awal 1970an menyaksikan perubahan sistem pengurusan sukan di Malaysia dimana setiap jenis sukan mula menubuhkan persatuan di setiap peringkat negeri dan kebangsaan. Sedikit demi sedikit tanggungjawab utk pengurusan dan pembangunan sukan disatukan dibawah selian persatuan negeri dan kebangsaan. Kejohanan sukan (bola sepak, hoki, badminton dll) mula berubah wajah apabila kelab-kelab dari jabatan kerajaan mula berkurangan dan digantikan dgn persatuan-persatuan negeri. Keadaan ini menyaksikan jumlah penyertaan atau pasukan makin berkurang kerana setiap persatuan negeri secara amnya hanya menghantar satu wakil pasukan berbanding jabatan-jabatan kerajaan yg menghantar wakil bagi setiap jabatan dari setiap negeri (bergantung pada jenis sukan).

Dari ketika inilah bermulanya era kegelapan sukan negara kerana pengurangan jumlah pasukan bermakna pengurangan jumlah atlet yg diberi peluang bermain. Dasar penswastaan negara pada awal 1980an menyaksikan kebanyakkan jabatan kerajaan yg mempunyai potensi komersial diswastakan antaranya Pos Malaysia, KTM, TNB dll. Syarikat-syarikat ini kembali melibatkan diri dlm bidang sukan dgn bertindak sbg penaja kpd persatuan negeri (sebahagian besar dana masih diperoleh dari kerajaan negeri) atau menubuhkan kembali pasukan masing-masing dan mula bertanding dlm kejohanan peringkat bawahan dgn objektif rekreasi utk pekerja.

Era 1990an menyaksikan liga profesional pertama diperkenalkan di Malaysia yg dipelopori oleh sukan bolasepak. Akan tetapi ianya masih belum mencapai standard liga profesional sebenar kerana persatuan-persatuan negeri masih bernaung dan mengharapkan dana dari kerajaan negeri masing-masing. Liga profesional ini adalah fasa kedua kejatuhan sukan negara. Puncanya adalah atlet kini berstatus pemain sepenuh masa dan mereka dibayar gaji utk bermain/bersukan sahaja. Pulangan dari sudut keuntungan kpd persatuan sukan adalah hampir kpd kosong jika dibandingkan pada zaman atlet adalah pekerja sepenuh masa dan dlm masa yg sama bermain utk jabatan atau kelab.

Ketika inilah bermulanya persatuan negeri mula membuat pinjaman kewangan utk menampung kos operasi pasukan. Penajaan pada ketika ini masih tidak besar kerana syarikat korporat masih belum terbuka utk melabur dlm bidang sukan. Menganjak ke era milenia, semakin byk syarikat korporat mula menaja sukan-sukan tertentu sama ada menerusi persatuan negeri atau kebangsaan. Beberapa syarikat korporat juga mula serius dlm penubuhan pasukan sendiri (utk sukan tertentu) dan bertanding dgn objektif utk mencapai kemenangan. Akan tetapi masih ada kekangan kpd syarikat-syarikat ini kerana peruntukan utk sukan masih terhad berdasarkan polisi syarikat masing-masing.

Pada ketika ini sudah mula ada pasukan yg sanggup berbelanja besar utk mendapatkan atlet terbaik. Fenomena ini menyaksikan beban persatuan negeri semakin bertambah dan menekan persatuan kebangsaan menaikkan nilai geran tahunan yg menyebabkan persatuan kebangsaan juga dibebani hutang. Mutu permainan tidak pula meningkat setimpal dgn bayaran kerana sistem pengurusan dan kejurulatihan masih belum berada pada tahap profesional. 2010/2011 menyaksikan beberapa syarikat korporat mula menjadi penaja utama utk beberapa pasukan. Nama pasukan negeri mula berubah dgn gabungan syarikat korporat. Masalah kewangan mula berkurangan akan tetapi mutu permainan masih tidak berubah (kecuali satu atau dua pasukan).

Adakah gelombang perubahan ini akan terus berlaku sehingga kesemua persatuan sukan negeri dan kebangsaan diswastakan? Tinggi harapan melihat sukan kita benar-benar menepati definasi profesional. Jalan masih jauh, jangan mengalah.

-Rauf Lahab-

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top