Home / Kejohanan / Fatin julang SSTMI

Fatin julang SSTMI

Nurfatin Dizana Mohd Zaidi meraikan jaringan tunggal SSTMI bersama rakan sepasukan

Nurfatin Dizana Mohd Zaidi meraikan jaringan tunggal SSTMI bersama rakan sepasukan

KUALA LUMPUR ,1 April  2017; Juara bertahan, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) memastikan mata penuh milik mereka dalam saingan Divisyen Perempuan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2017 selepas menang 1-0 ke atas Sekolah Sukan Kuala Lumpur Wipers di Stadium Hoki Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ia adalah ibarat pertembungan semula dalam final tahun lepas dalam liga sama ketika SSTMI turut mengatasi pasukan itu dengan keputusan 2-1.

Gol tunggal yang merupakan gol kemenangan SSTMI hadir menerusi Nurfatin Dizana Mohd Zaidi melalui gol padang pada minit ke-27. Bagaimanapun perlawanan diganggu oleh hujan yang turun lebat menjelang akhir suku kedua perlawanan.

Keputusan 1-0 memihak SSTMI itu kekal hingga tamat permainan.

“Bagi saya ia bukanlah permulaan yang bagus tetapi kami tetap memperoleh tiga mata penting. Hujan lebat sebenarnya telah mengganggu momentum pemain,” kata pengurus SSTMI, Khairulizwan Kamdi.

“Banyak lagi yang perlu diperbaiki termasuklah kecergasan pemain-pemain senior. Kami kehilangan tujuh pemain dari tahun lepas yang sudah tamat persekolahan, jadi kami kena turunkan lebih kurang enam muka baru untuk saingan kali ini yang bermain dalam kejohanan B-16 kebangsaan,” tambah Khairulizwan.

Pengurus KL Wipers, Hanizah Salji pula yakin anak buahnya tidak putus asa biarpun tewas dalam perlawanan itu. Dia juga menggesa pemainnya untuk bangkit semula dalam perlawanan seterusnya menentang MSSPP-PHA-USM Junior 8 April depan di venue sama.

“Ia adalah perlawanan pertama kami hari ini dan bagi saya pemain mempersembahkan permainan yang baik secara keseluruhan. Cuma kami tidak berjaya menjaringkan gol, itulah membezakan kami dengan SSTMI pada malam ini. Kami akan lebih gigih dalam liga selepas ini,” kata Hanizah.

 

 

Dalam dua lagi perlawanan Divisyen Perempuan Kumpulan B, MSSPP-PSHA USM menang besar 6-1 ke atas Zaaba (Perempuan)/KPHA. Sementara, perlawanan PKS-United-KPT dan Johor Junior ditamatkan dengan keputusan 1-1 mengikut peraturan 16.4.2 selepas hujan terlalu lebat di Stadium Hoki KPM.

Keputusan: 

Perempuan Group A: KLSS Wipers 0 SSTMI 1

Group B: MSSPP-PSHA-USM 6 Za’aba Girls-KPHA 1;   PKS-Uniten-KPT 1 Johor Juniors 1

 

Jadual Perlawanan Hari Ini (2 April 2017)

Lelaki Division 1: SMK Dato Bentara Luar Johor Juniors v Olak-Nurinsafi (Batu Pahat, 5pm)

 

Division 2B: MISCF UFL v Terengganu Junior Team (KLHA, 8pm); MSSSWP KL v Malay College Kuala Kangsar (KPM, 5pm)

 

Division 2C: Malacca High School Young Hurricanes v Tunku Besar Secondary School Tampin (Bukit Serindit Hockey Stadium, 5pm); SSTMI Juniors v MBMB Warriors (SSTMI, 5pm).

 

Perempuan Kumpulan A: MSSPP-PSHA-USM Juniors v Sabah Sports School Malaysia (USM, 5pm).

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top