Home / Kejohanan / Antarabangsa / FIH Men’s series Final Kuala Lumpur : Malaysia Bangkit

FIH Men’s series Final Kuala Lumpur : Malaysia Bangkit

Pemain pemain Negara meraikan jaringan Faizal Saari. Foto oleh : Jeffrizal Abu Jaapar

BUKIT JALIL, 1 Mei 2019; Pasukan hoki negara berjaya bangkit dari kekalahan mengejut tempoh hari dan seterus nya melangkah ke separuh akhir FIH Siri Akhir Lelaki Kuala Lumpur 2019 selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Wales dalam aksi cross over di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Biarpun diatas kertas skuad negara dilihat mempunyai kelebihan selaku tuan rumah dan ranking yang lebih baik dari pasukan lawan, aksi saling berbalas telah dipamerkan oleh kedua dua pasukan. Namun, kekebalan barisan pertahanan berjaya menghalang dari dibolosi dalam suku yang pertama perlawanan.

Malaysia berada di depan pada suku kedua apabila Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil bijak mengambil peluang untuk menjaringkan gol ketika situasi kelam kabut di dalam kawasan D pasukan Wales sekaligus meletakkan skuad negara mendahului 1-0 pada minit ke-27.

Di separuh masa kedua, Faizal Saari yang menerima hantaran jauh daripada Muhammad Razie Abdul Rahim berjaya mengawal cantik bola tersebut sebelum meledak gol padang pada minit ke-40 untuk Malaysia mengubah kedudukan menjadi 2-0.

Bagaimanapun, Wales merapatkan kedudukan menjadi 2-1 di suku keempat perlawanan apabila Luke Hawker berjaya menampan bola jauh pada minit ke-56. Biarpun Wales cuba bangkit menyamakan kedudukan pada lewat perlawanan namun kedudukan itu kekal hingga tamat aksi.

Mengulas mengenai aksi tersebut, Ketua jurulatih negara, Roelant Oltmans berkata, “Pada lima minit terakhir kami boleh lihat mereka mengeluarkan penjaga gol, kami bersedia dengan keadaan itu. Apapun, mereka bernasib baik memperoleh satu jaringan.”

“Selepas memperoleh jaringan, mereka juga gagal mengawal rentak. Situasi itu juga memberikan beberapa peluang kepada kami untuk mencipta jaringan. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan pemain,” kata Roelant.

Pemain berpengalaman negara, Tengku Ahmad Tajuddin pula memuji komitmen yang telah diberikan oleh pemain muda di atas padang pada perlawanan yang cukup penting itu.

Dia berkata, “Bukan daripada aksi saja tapi saya juga perlu bercakap di tengah padang. Itu yang saya lakukan dan hari ini pemain-pemain muda memberikan fokus yang begitu baik sehingga kami berjaya mencapai kemenangan yang dimahukan,”ujar Tengku.

Dalam pada itu, pasukan Kanada juga berjaya melangkah ke separuh akhir apabila menang dalam satu lagi aksi cross over pada sebelah petang. Mereka menang 3-1 dalam penentuan shoot-out ke atas China setelah kedudukan masa penuh terikat 3-3. Kanada akan bertemu juara kumpulan B, Itali di separuh akhir nanti.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top