Home / Kejohanan / Antarabangsa / Harimau Malaya cemerlang

Harimau Malaya cemerlang

Kaza melihat bola yang ditolaknya menewaskan penjaga gol Canada

Kaza melihat bola yang ditolaknya menewaskan penjaga gol Canada

Skuad hoki negara meneruskan rentak cemerlang di kejohanan Piala Sultan Azlan Shah setelah menundukkan Canada 3-1 di Stadium Azlan Shah sebentar tadi. Kemenangan ini meletakkan skuad negara di landasan tepat untuk mencapai sasaran sekurang kurang nya tempat ke 3 oleh Persekutuan Hoki Malaysia.

Perlawanan seakan seperti milik Malaysia sejak awal permainan lagi apabila trio pasukan negara iaitu Firhan Ashaari, Faizal Shaari dan Tengku Ahmad Tajudin sering mencemaskan pertahanan skuad Canada. Malah pasukan negara mendahului seawal minit ke 4 lagi melalui penyudah tajam penyerang prolifik negara Faizal Shaari.

Namun perlawanan seakan sedikit berubah apabila skuad Canada meningkatkan permainan dan pasukan negara dilihat sedikit tertekan. Hasilnya pasukan Canada berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh Adam Froese diminit ke 15. Gol itu menambahkan tekanan lagi kepada skuad negara namun kecemerlangan Hafizuddin Othman berjaya menidakkan impian Canada yang mencari kemenangan pertama mereka.

Pasukan negara tampil dengan aksi berbeza di separuh masa kedua apabila mereka mempamerkan permainan pantas dan serangan yang lebih tersusun dalam cuba memecah benteng pasukan Canada. Faizal Shaari membuktikan beliau mampu memikul tugasan yang ditinggalkan oleh Razie Rahim apabila sekali lagi menyudahkan pukulan sudut penalti di minit ke 46 bagi menghasilkan gol ke dua negara.

Gol itu menyemarakkan lagi semangat pasukan negara dan jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol berusia 25 tahun Canada David Carter pasti skuad negara akan memperolehi lebih banyak jaringan lagi. Canada yang mempamerkan permainan bertahan dan serangan balas sering juga mencemaskan kubu negara.

Ahmad Kazamirul memberi kelegaan kepada kem negara apabila berjaya menjaringkan gol ke 3 negara pada minit ke 67 bagi menutup peluang pasukan Canada untuk menyamakan kedudukan. Kedudukan 3-1 kekal sehingga siren penamat dibunyikan dan boleh dikatakan skuad negara sudah pun mengesahkan sekurang kurang nya tempat di perlawanan klasifikasi 3/4.

Tahniah Malaysia….

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top