Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / Hatrik Razie julang KLHC

Hatrik Razie julang KLHC

 

 

Pemain pemain KLHC meraikan jaringan hatrik ketua pasukan KLHC Razie Rahim

Pemain pemain KLHC meraikan jaringan hatrik ketua pasukan KLHC Razie Rahim

Bukit Jalil, 29 Oktober  2014; Jaringan hatrik ketua pasukan KLHC  Razie  Rahim berjaya menjulang KLHC untuk muncul sebagai pemenang Piala Sumbangsih TNBMHL 2014 setelah berjaya menundukkan musuh tradisi mereka TNB 5-3 dalam pertemuan di stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi.

KLHC yang turun membariskan barisan berpengalaman disamping menurunkan 5 pemain import mereka dilihat lebih mengancam dan mengawal bahagian tengah perlawanan. Namun kekebalan benteng pertahanan TNB yang diterajui bekas ketua pasukan negara Madzli Ikmar dan Amin Rahim bukan satu tugas mudah buat barisan serangan pasukan KLHC. Dalam keasyikan menyerang kubu KLHC bolos pada minit ke 9 menerusi gol padang pemain tengah kebangsaan Ramadan Rosli.

Tersentak dengan jaringan tersebut KLHC memperkemaskan lagi jentera serangan dan hasil pukulan sudut penalti pada minit  ke 19, ketua pasukan KLHC Razie Rahim berjaya menyudahkan nya dengan cemerlang. Gol tersebut membangkit kan lagi semangat pasukan yang menjadi juara TNBMHL musim lalu, dan berjaya mendahului lawan apabila Rahim Baharom menyudahkan tolakan Waseem Ahmad dengan cemerlang bagi menewaskan penjaga gol TNB S.Kumar di minit ke 26.

Walaubagaimanapun TNB tidak menunggu lama bagi menyamakan kedudukan apabila pakar pukulan sudut penalti mereka Amin Rahim berjaya menewaskan bekas rakan sepasukan beliau dalam skuad kebangsaan Roslan Jamaludin di minit ke 28. Gol itu merancakkan lagi perlawanan dengan kedua dua pasukan saling mengasak ke kubu lawan. Dan tuah lebih memihak kepada KLHC apabila seminit kemudian Razie Rahim menambah jaringan ke 3 KLHC apabila sekali lagi menyudahkan pukulan sudut penalti. Namun TNB sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan menjadi 3-3 apabila Azammi adabi berjaya menyudahkan peluang yang terhidang di minit ke 32.

Perlawanan menjadi semakin pantas dan pemain jemputan dari Pakistan Muhammad Imran membuktikan pengambilan beliau oleh KLHC ada lah satu pelaburan yang bijak apabila berjaya menewaskan S Kumar pada minit ke 42. Razie Rahim melengkapkan hatrik beliau di minit ke 57 bagi menutup perlawanan sumbangsih menjadi 5-3.

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top