Home / Berita & Artikel / Hockademy : Jurulatih Berpengalaman Taruhan Membudayakan Hoki di Kuala Lumpur

Hockademy : Jurulatih Berpengalaman Taruhan Membudayakan Hoki di Kuala Lumpur

Pengalaman Iman menjadi taruhan Hockademy

Penulis : Yop Postman

Dalam kesibukan kita menceritakan tentang pertukaran jurulatih negara serta gerak kerja MHC dalam mencorakkan pembangunan akar umbi menerusi NHDP, di tengah tengah kota metropolitan ini muncul sebuah lagi akademi bagi menambah rencah pembangunan akar umbi bagi sukan hoki dalam negara ini.

Secara jujur nya ketika mula mula nama akademi ini mula meniti di ruang ruang alam maya ini, yop tidak lah terkejut malah di dalam benak pemikiran yop terdetik muncul lagi sebuah akademi yang pasti modus operandi nya sama seperti akademi akademi yang lain.

Namun bila sempat singgah di tapak latihan mereka di Stadiun Hoki Nasional Bukit Jalil pagi tadi, ada sedikit perubahan pandangan dalam pemikiran yop bila melihat anak anak cilik gembira menjalani latihan dan menerima dari tunjuk ajar dari jurulatih yang cukup berpengalaman. Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak anak ini bila belajar apa itu hoki.

Pengalaman Selvaraju ketika berkelana ke Itali pasti menjadi rencah berguna dalam membangunkan akademi Hockademy

Jurulatih berpengalaman seperti Iman Gobinathan dan juga Selvaraju sudah pasti menambah rencah dalam pembangunan bukan saja cara permainan hoki mereka namun menjadikan hoki itu sebagai budaya hidup mereka.

Semoga usaha baik mereka ini sedikit sebanyak dapat membantu anak anak ini menjadi insan yang lebih berdisiplin dan seterus nya menghasilkan bakat bakat baru untuk negara bagi membantu MHC menghasilkan barisan pelapis yang mantap untuk pasukan negara satu hari nanti.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top