Home / Kejohanan / Johor Semakin hampiri Separuh Akhir

Johor Semakin hampiri Separuh Akhir

Pertahanan Pahang Sallehin Abd Ghani berhempas pulas menghalang gerakan penyerang Johor Azammi Adabi

Pertahanan Pahang Sallehin Abd Ghani berhempas pulas menghalang gerakan penyerang Johor Azammi Adabi

Bukit Jalil, 2 Dec 2015; Johor semakin hampir melangkah ke separuh akhir apabila berjaya menundukkan Naib Juara musim lalu Pahang 2-1 di dalam pertemuan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi. Kemenangan ini membolehkan Johor berjaya mengutip 4 mata dari 2 perlawanan.

Johor yang jelas lebih bernafsu sebaik siren permulaan di bunyikan berjaya memperolehi 2 jaringan padang seawal minit ke 3 dan ke 6 perlawanan menerusi penyerang berbisa mereka Muhammad Azammi bin Adabi. Namun ketika ramai menyangka kan Johor akan mendapat laluan mudah setelah 2 jaringan tersebut barisan pemain Pahang yang diketuai oleh Muhamad Hafiz bin Zainul membuktikan sebalik nya apabila bangkit menjaringkan 3 gol menerusi Ismail Abu, Muhamad Hafiz bin Zainul dan Sallehin Abd Ghani.

Johor yang tersentak dengan 3 jaringan tersebut kembali bangkit menyusun perlawanan dan usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Mohamad Zaki bin Ismail berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang di minit ke 50. Gol tersebut menyemarakkan lagi semangat pasukan Johor dan usaha mencari gol kemenangan akhir nya berhasil menerusi gol padang Mohamad Syafiq Mohamed Zain pada minit ke 56 perlawanan. Kedudukan 4-3 kekal sehingga tamat perlawanan.

Johor akan menentang pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan manakala Pahang akan berdepan skuad warga kota kuala Lumpur. Kedua dua perlawanan akan berlangsung jam 8 malam hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top