Home / Kejohanan / Antarabangsa / Kanada ”Rencat” Impian Menggunung Speedy Tigers

Kanada ”Rencat” Impian Menggunung Speedy Tigers

_PMF9519

Impian untuk meraih mata penuh dalam aksi ke-4 buat skuad negara lebur apabila diikat Kanada 2-2 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Azlan Shah Ipoh itu. Seperti dijangka, satu perlawanan seimbang telah diperagakan oleh kedua-dua pasukan untuk berpuas hati dengan keputusan seri tersebut.

Aksi di suku pertama tidak menghadirkan sebarang jaringan setelah kedua-dua pasukan mensia-siakan peluang hasil walaupun dihadiahkan 4 pukulan sudut penalti yang diperoleh dimana masing-masing mendapat 2 pukulan sudut penalti bagi setiap pasukan.

Jaringan yang ditunggu akhirnya menjelma namun Kanada terlebih dahulu merobek gawang negara yang dikawal Hafizuddin Othman menerusi pukulan sudut penalti Scott Tupper pada minit ke-21.

Tersentak dengan jaringan itu skuad negara memperkemaskan aksi dan ternyata membuahkan hasil pada minit akhir suku kedua selepas ”set-piece” menarik hasil pukulan sudut penalti yang melibatkan Razie Rahim, Sukri Mutalib dan Shahril Saabah menceriakan penyokong tuan rumah dengan jaringan penyamaan menerusi Shahril Saabah.

Jaringan tersebut ternyata menyemarakkan lagi semangat para pemain negara memulakan suku ketiga perlawanan dan tanpa menunggu lama, hasil hantaran silang dari Shahril Saabah berjaya disudahkan oleh Nabil Fiqri yang menunggu dihadapan pintu gol Kanada untuk jaringan pendahuluan pada minit ke-31.

Ketika harapan menggunung untuk melihat skuad negara mencatat mata penuh bagi perlawanan ini punah apabila jaringan padang melalui Matthew Quest telah menafikan impian tersebut untuk perlawanan berakhir dengan keputusan terikat 2-2.

Aksi menentang Kanada memperlihatkan beberapa kekurangan dan ternyata bahagian serangan perlu menajamkan lagi penyudah kerana beberapa kali skuad negara mempunyai peluang keemasan pada suku keempat perlawanan. Bahagian pertahanan juga diharapkan dapat meningkatkan fokus dalam aspek bertahan. Walaubagaimanapun ini merupakan satu mata yang berharga.

Tahniah buat pemain dan pegawai pasukan serta para penyokong skuad negara yang membanjiri stadium pada perlawanan ini. Misi seterusnya adalah bagi menentang Pakistan jam 8.35 malam ini.

About Meor Abdullah Syamim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top