Home / Kejohanan / Kaza wira Pahang

Kaza wira Pahang

Ahmad Kazamirul berjaya mengemudi benteng pertahanan pasukan Pahang dengan cemerlang

Ahmad Kazamirul berjaya mengemudi benteng pertahanan pasukan Pahang dengan cemerlang

Bukit Jalil, 30 Nov 2015; Bekas pemain pertahanan negara Ahmad Kazamirul membuktikan ketajaman pukulan sudut penalti beliau apabila berjaya membantu Pahang memperolehi 3 mata berharga buat mereka setelah menundukkan Negeri Sembila 1-0 dalam pertemuan pertama Piala Razak 2015 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Kedua dua pasukan yang turun dengan membariskan ramai pemain pemain muda mula mempamerkan permainan pantas dan saling berbalas serangan sebaik siren permulaan di bunyikan. Namun kebuntuan barisan serangan serta kekentalan barisan pertahanan kedua dua pasukan sering menggagalkan usaha kedua dua pasukan memecah kebuntuan. Namun Ahmad Kazamirul membuktikan mengapa beliau pernah menjadi pilihan Paul Revington satu masa dahulu didalam skuad kebangsaan apabila berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan S Kumar menerusi pukulan sudut penalti seminit sebelum siren separuh masa pertama di bunyikan.

Negeri Sembilan yang ketinggalan mula mengatur serangan sebaik permainan separuh masa kedua dibunyikan namun kekentalan barisan pertahanan Pahang yang dikemudi Ahmad Kazamirul serta kekebalan penjaga gol kelahiran Negeri Sembilan yang beraksi bersama Pahang Khairul Nizam bin Ibrahim berjaya menghalang Negeri Sembilan dari mencuri mata di dalam perlawanan pertama ini. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top