Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / Kejor Yop Kejor

Kejor Yop Kejor

Penyerang porlifik pasukan MBI Arshad b. Repikhali meraikan jaringan buat kebangkitan pasukan MBI

Penyerang porlifik pasukan MBI Arshad b. Repikhali meraikan jaringan buat kebangkitan pasukan MBI

Bukit Jalil, 19 September 2015; Jika slogan kejor yop kejor sering di gunakan bagi pasukan bola sepak negeri Perak, MBI membuktikan istilah tersebut adalah milik semua sukan pasukan Perak apabila berjaya membuat kebangkitan di separuh masa kedua bagi membenam cabaran pasukan ATM 9-6 dalam perlawanan penentuan tempat ke 3 dan ke 4 Piala Presiden TNBMHL 2015 petang semalam.

MBI yang jelas masih kecewa dengan kekalahan separuh akhir tempoh hari mempamerkan aksi longlai di separuh masa pertama biarpun lebih dulu membuka jaringan menerusi gol padang Arshad b. Repikhali seawal minit ke 7 perlawanan. Ini terbukti apabila gawang mereka telah di bolosi 4 kali sepanjang separuh masa pertama menerusi pukulan sudut penalti Razali Bin Mohd Hazemi di minit ke 14 dan 19 perlawanan serta Abd Ghaffar B.Mohd Nordin dan Muhammad Izuan Bin Misman di minit ke 29 dan 35 perlawanan. Kedudukan 4-1 jelas menunjukkan laluan mudah buat ATM.

Namun semangat kejor yop kejor jelas telah sebati buat anak anak perak ini apabila berjaya membuat kebangkitan yang boleh dianggap mustahil apabila menjaringkan 8 gol di separuh masa kedua. Ia nya bermula menerusi Arshad b. Repikhali pada minit ke 36 perlawanan sebelum ATM kembali menjarakkan diri bagi mengikat kedudukan menjadi 5-2 menerusi Razali Bin Mohd Hazemi seminit berselang.  Namun kedudukan itu jelas tidak melunturkan semangat pemain pemain MBI apabila Arshad b. Repikhali kembali merapatkan lagi kedudukan buat pasukan MBI seterusnya melengkapkan hatrik pertama beliau musim ini di minit ke 46 perlawanan sebelum beliau sekali lagi merobek gawang ATM di minit ke 52 perlawanan bagi menjadikan kedudukan 5-4. ATM sekali lagi menjarakkan kedudukan di minit ke 53 perlawanan menerusi gol padang Abd Ghaffar B.Mohd Nordin.

Ketika ramai menjangka kan kedudukan tersebut akan kekal sehingga tamat perlawanan, anak anak buah Mohd Ezral b. Ariff mencipta kejutan dengan menambah 5 gol dalam tempoh 12 minit. Ianya bermula dengan jaringan Mohd Soffian b. Kamaruddin dan Muhammad Najme b. Ahmad Hayazi di minit ke 58 perlawanan bagi mengikat kedudukan 6-6. Jaringan tersebut jelas seakan akan membunuh semangat juang pasukan ATM apabila MBI berjaya menambah 3 jaringan menerusi ketua pasukan mereka Hairul Nizam b. Ab Rani diminit ke 65 perlawanan sebelum Arshad b. Repikhali dan Shahrusahadan b. Basri melengkapkan petang gemilang buat pasukan MBI menerusi jaringan di minit ke 58 dan 60 perlawanan, Kejayaan menundukkan ATM dengan jaringan 9-6 pasti akan menjadi lipatan sejarah buat pasukan MBI dan seterusnya membuktikan slogan kejor yop kejor bukan sekadar omongan kosong.

Kejayaan menduduki tempat ke 3 Piala Presiden turut diserikan lagi dengan kejayaan Arshad b. Repikhali yang dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top