Home / Kejohanan / Tempatan / MWHL 2014 / Berita MWHL2014 / Kejuaraan buat PKS KPM

Kejuaraan buat PKS KPM

Bukit Jalil, 24 Okt 2015; Jaringan tunggal pemain kebangsaan Raja Norsharina Raja Shabuddin sudah cukup buat PKS KPM menjulang Piala Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) Wanita 2015 dalam penampilan sulung mereka dalam kancah liga hoki kebangsaan setelah menundukkan SSTMI Thunderbolt 1-0 di Stadium Hoki Bukit Jalil Sabtu lalu.

Biarpun memiliki 6 pemain kebangsaan serta dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan PKS KPM tidak diberi laluan mudah oleh pemain pemain muda pasukan SSTMI Thunderbolt yang rata rata dibarisi pemain remaja kebangsaan yang beraksi di China bulan lalu. Namun pengalaman jelas milik pasukan PKS KPM apabila menggunakan ruang atas aksi gugup di awal permainan pasukan lawan menerusi Raja Norsharina Raja Shabuddin di minit ke 5 perlawanan. Gol awal itu seolah olah menceritakan aksi garang akan terus dipamerkan oleh pasukan PKS KPM bagi menjulang kejuaraan musim ini. Namun barisan anak muda Azlizam Abdul Shukor tetap tidak mau menyerah kalah. Aksi gugup di awal permainan mula di perbaiki dan permainan teratur mula di atur oleh SSTMI Thunderbolt.

SSTMI Thunderbolt yang cuba bangkit mencari gol penyamaan pada separuh masa kedua selepas itu terus buntu apabila gagal memecah kekebalan benteng pasukan PKS KPM yang diterajui Raja Norsharina Raja Shabuddin dan penjaga gol no 1 kebangsaan Farah Ayuni Yahya. Malah usaha mereka pada minit ke 57 perlawanan hampri membuahkan hasil menerusi pukulan sudut penalti namun Farah Ayuni Yahya membuktikan mengapa beliau adalah penjaga gol no 1 negara apabila berjaya menyelamatkan gawang beliau dari dibolosi. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan bagi PKS KPM menjulang kejuaraan TNBMHL musim ini.

Jurulatih pasukan PKS KPM, Izzwan Mohamed Salleh yang ditemui selepas perlawanan ternyata gembira dengan aksi yang dipamerkan anak anak buah beliau terutama aksi mantap penjaga gol Farah Ayuni Yahya dalam pertemuan perlawanan akhir tersebut. Malah beliau menyatakan aksi pasukan telah menghadirkan kegembiraan buat pihak pengurusan pasukan dan menjangka kan ini lah landasan terbaik buat pasukan bagi kekal bersaing dalam liga musim hadapan.

 

PKS KPM yang muncul juara turut diserikan lagi dengan anugerah individu buat 3 pemain pasukan tersebut di mana Raja Norsharina Raja Shabuddin dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir serta Fatin Naimah dipilih penjaring terbanyak kejohanan dan Hasliza Binti Md Ali telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan. Manakala penjaga gol SSTMI Thunderbolt Priyangga A/P S. Jayarajah di nobatkan selaku penjaga gol terbaik kejohanan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top