Home / Berita & Artikel / ‘Kejutan’ Dhaarma – Harian Metro 21/04/2014

‘Kejutan’ Dhaarma – Harian Metro 21/04/2014

Kuala Lumpur: Muhammad Razie Abd Rahim (gambar kiri) antara nama paling mengejutkan berada dalam senarai 21 pemain yang terpilih untuk dibawa ke Kuantan selepas tapisan pertama menjelang saingan Liga Juara-Juara 1 bermula 26 April ini dilakukan pengendali negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, semalam.

Tidak mustahil juga kejutan kedua berlaku sekiranya nama Razie berada dalam senarai akhir 18 pemain yang akan diumumkan selepas berakhir dua perlawanan persahabatan dengan Perancis dan Poland esok serta Khamis ini.

Dhaarma ketika ditemui selepas siri perlawanan persahabatan keenam dengan China berakhir, semalam tidak menolak untuk menyenaraikan Razie yang belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu kirinya.

“Kami tak ada rancangan untuk menyenaraikannya dalam Cabaran Juara-Juara 1.

Kami bawa dia untuk bermain dalam perlawanan persahabatan di sana sebagai persiapan untuknya segera mendapat rentak permainan.

“Apa yang saya lihat, Razie tak nampak kekok dan tidak seperti orang yang perlu ambil masa lama untuk pulih.

“Paling penting, kami mahu Razie segera pulih.

“Saya tengok dia main, tak nampak seperti orang yang baru hendak pulih.

Tapi apabila saya bertanya kepada dia, dia ada kata, masih ada rasa sakit,” kata Dhaarma merujuk kepada aksi Razie yang diturunkan pada perlawanan persahabatan semalam.

Razie mengalami kecederaan bahu kiri ketika membantu kelab Dabur Mumbai Magicians dalam Liga India, awal Februari lalu.

 

artikel penuh di ambil dari http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014042101331920140421013319/Article/index_html

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top