Antwerp, 21 Jun 2015; Tirai pembukaan Kejohanan Hoki Separuh Akhir Liga Dunia 2015 buat skuad negara akan dibuka hari ini dengan menyaksikan tembok besar China perlu dirobohkan dahulu jam 6 petang ini. Biarpun di beza kan 19 anak tangga ranking dunia namun prestasi semasa negara China yang menunjukkan peningkatan amat perlu diberi perhatian. Bagi merobohkan tembok besar China itu, ketajaman Faizal Shaari amat amat ditagih Jurulatih negara Tan Beng Hai bagi mencapai kemenangan pertama kejohanan ini.
Faizal yang dirundung kontroversi sejak permulaan tahun ini dek kerana tidak berpuas hati dgn beberapa isu bersama MHC pasti ingin melupakan nya dan seterus nya beraksi cemerlang bagi membawa negara ke Sukan Olimpik. Tambahan pula isu bonus yang menjadi penghalang sebelum ini telah berjaya di selesaikan oleh barisan kepimpinan baru MHC baru baru ini.
Faizal penjaring terbanyak Liga Hoki Kebangsaan musim lalu di lihat semakin cergas ketika menjalani latihan skuad kebangsaan sebelum berlepas ke Belgium baru baru ini. Malah penjaring utama skuad negara itu semakin serasi ketika digandingkan Tengku Ahmad Tajuddin, Izwan Firdaus dan pemain remaja meningkat naik Haziq Samsul. Keserasian ini pasti memberi kelegaan dan keyakinan buat pengendali skuad negara Tan Beng Hai.
Semoga ketajaman Faizal Shaari serta dibantu oleh rakan sepasukan lain mampu membawa Malaysia ke Sukan Olimpik Rio tahun hadapan.