Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / KLHC calar rekod bersih THT

KLHC calar rekod bersih THT

Ketua Pasukan KLHC Razie Rahim cuba dihalang oleh pemain THT Fitri Shaari

Ketua Pasukan KLHC Razie Rahim cuba dihalang oleh pemain THT Fitri Shaari

Bukit Jalil, 9 November  2014; Gol dari Razie Rahim dan Syamim Mohd Yusof sudah cukup untuk mencalar rekod bersih pasukan berbelanja besar THT setelah THT kecundang di tgn KLHC 1-2 dalam pertemuan Liga Premier TNBMHL 2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Perlawanan yang boleh dikatakan perlawanan buku bertemu ruas ini turut di saksikan oleh Menteri Besar Trengganu yang sudi hadir ke Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi. Seperti diramalkan permainan rancak dipamerkan oleh kedua2 pasukan bermula dari tiupan wisel permulaan di bunyikan. Permainan pantas dan saling menyerang dipamerkan oleh kedua dua pasukan. Namun pasukan THT lebih dulu membuka jaringan menerusi gol padang pemain import dari Korea Selatan Kang Moon Kweon di minit ke 26. Tersentak dengan jaringan itu KLHC dilihat mula memperkemaskan permainan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi bekas penyerang Skuad Piala Dunia Remaja negara Mohd Syamim Mohd Yusof di minit ke 32. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Permainan bertambah rancak di Separuh masa kedua dan KLHC tidak perlu menunggu lama apabila ketua pasukan mereka iaitu Razie Rahim membuktikan beliau adalah pakar pukulan sudut penalti negara apabila menyempurnakan nya di minit ke 40. Gol itu sudah cukup untuk memberi 3 mata kepada KLHC biarpun THT cuba menyamakan kedudukan sehingga siren penamat di bunyikan.

Kemenangan itu mengekalkan rekod 100% kemenangan KLHC dalam 3 perlawanan mereka setakat ini.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top