Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / KLHC gah di persada liga

KLHC gah di persada liga

Pemain import KLHC Akhtar Ali meraikan jaringan ke 3 KLHC

Pemain import KLHC Akhtar Ali meraikan jaringan ke 3 KLHC

Bukit Jalil, 12 November  2014; KLHC semakin megah di puncak Liga TNBMHL 2014 apabila meluaskan lagi penguasaan mereka setelah berjaya menundukkan Sapura 4-0 dalam pertemuan Liga Premier TNBMHL 2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi. Perlawanan ini di adakan setelah perlawanan asal pada Jumaat lalu di tunda kerana hujan lebat.

Biarpun begitu perlawanan ini tidak lah semudah di sangka apabila Sapura yang di bimbing oleh pengendali kebangsaan Tan Beng Hai lebih bersedia dari segi taktikal apabila mempamerkan corak bertahan dan hanya melakukan serangan balas. Segala nya nampak menjadi buat Sapura apabila berjaya mengikat KLHC tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Namun, KLHC berjaya memperkemaskan lagi gerakan dan serangan di Separuh masa kedua dan ianya berhasil di minit ke 34 setelah ketua pasukan mereka Razie Rahim berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti. Belum pun sempat Sapura cuba bangkit bekas penyerang skuad piala dunia remaja 2013 Rashid Baharom menambah derita Sapura apabila menghasilkan gol ke dua KLHC di minit ke 35.

Belum pun sempat Sapura kembali bernafas pemain import KLHC dari Pakistan membuktikan pengambilan beliau sebagai berbaloi apabila menyumbat gol ke 3 menerusi gol padang di minit ke 39 setelah menerima satu lorongan cantik dari Nabil Fikri. Seperti tidak puas dengan jaringan tersebut, pemain kebangsaan Ahmad Kazamirul berjaya menjaringkan satu gol cantik di minit ke 41 melalui satu sungkitan yang memperdaya penjaga gol dan pertahanan Sapura. Kedudukan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini berjaya melonjak KLHC ke takhta liga manakala Sapura kekal di tangga ke 4

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top