Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / KLHC Mengah Sapura Megah

KLHC Mengah Sapura Megah

Pemain Import THT dari Korea Selatan Jang Jong Hyun meraikan jaringan pembukaan bersama pemain pemain pasukan THT

Pemain Import THT dari Korea Selatan Jang Jong Hyun meraikan jaringan pembukaan bersama pemain pemain pasukan THT

Kuala Lumpur ,10 September 2016; Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) terpaksa akur apabila tewas 1-2 di tangan Pasukan Hoki Terengganu (THT) pada aksi Divisyen Premier Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki KLHA hari ini.

Kekalahan itu menyaksikan KLHC ‘jatuh’ ke tangga kedua di belakang pencabar terdekat, Sapura yang kembali merampas status pendahulu liga ketika ini.

Ketua jurulatih KLHC, Muhammad Harun Al-Rashid Samri menerima kekalahan itu dengan menyifatkan THT bermain lebih baik dalam perlawanan tersebut.

“THT bukan calang-calang pasukan, kami boleh dianggap sebagai ‘orang luar’ walaupun ini merupakan kekalahan pertama kami musim ini.

“Mereka mempunyai ramai pemain berpengalaman yang tahu cara untuk menang dan faktor itu memberikan mereka kemenangan hari ini,” katanya.

Dalam perlawanan itu, THT berjaya memperoleh gol pertama menerusi pukulan sudut penalti daripada Jang Jong Hyun pada minit ke-22.

Bagaimanapun, KLHC berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi pukulan sudut penalti daripada Muhammad Noor Faeez Ibrahim berselang enam minit kemudian.

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil berjaya memastikan THt, juara bertahan liga dua musim berturut-turut, mendahului pada minit ke-35.

Tersentak dengan jaringan itu, KLHC bangkit mengatur serangan ke arah kubu THT, namun masih gagal menembusi benteng pertahanan pihak lawan.

Sebaliknya skuad bimbingan Sarjit Singh itu dilihat lebih garang serta menguasai sebahagian besar perlawanan dengan memperoleh beberapa lagi pukulan sudut penalti dalam separuh masa kedua.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan dan keputusan 2-1 itu kekal hingga tamat perlawanan.

Pemain UniKL cuba menghalang gerakan ketua pasukan Sapura Faiz Helmi Jali

Pemain UniKL cuba menghalang gerakan ketua pasukan Sapura Faiz Helmi Jali

Dalam perkembangan lain, gol tunggal perlawanan daripada Oscar William Wookey menyaksikan Sapura berjaya menewaskan Universiti Kuala Lumpur 1-0.

Satu lagi aksi hari ini menyaksikan pasukan tercorot liga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas seri 3-3 dengan Maybank di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka.

TNB memperoleh tiga gol pukulan sudut penalti menerusi Muhammad Azammi Adabi (m-12), Amir Farid Ahmad Fuzi (m-48) dan Syed Mohammad Syafiq Syed Cholan pada minit ke-50.

Maybank pula berjaya mendapatkan dua gol melalui Muhammad Afif Akmal Salim pada minit keenam dan 25 selain satu gol daripada Hafifihafiz Hanafi pada minit ke-50.

Baki dua perlawanan Divisyen Premier MHL musim ini akan berlangsung Jumaat dan Ahad depan.

Liga Premier

KEPUTUSAN

SAPURA 1 UNIKL 0
MAYBANK 3 TNB 3
KLHC 1 THT 2

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top