Home / Kejohanan / KLSS, Kedah Sama ‘Basah’

KLSS, Kedah Sama ‘Basah’

Biarpun memenangi penentuan Shoot Out namun belum cukup buat KLSS mengutip mata penuh

Biarpun memenangi penentuan Shoot Out namun belum cukup buat KLSS mengutip mata penuh

Kuala Lumpur, 29 April 2017; KLSS Wipers dan Kedah terpaksa berpuas hati menamatkan masa sebenar dengan terikat 1-1 biarpun KLSS mendapat 1 mata tambahan setelah memenangi penentuan Shoot Out dalam pertemuan terakhir Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2017 di Stadium KLHA petang semalam.

Perlawanan semalam terpaksa dimulakan hampir sejam lewat dari jadual asal kerana faktor hujan lebat serta kilat yang melanda sekitar stadium petang semalam. Jelas padang yang basah serta hujan yang masih turun ketika perlawanan baru dimulakan merencatkan sedikit pergerakan kedua dua pasukan. Bola yang banyak tersangkut di tengah padang menyebabkan perancangan serta pergerakan kedua dua pasukan banyak tersekat di tengan padang.

Walaubagaimana pun MSN Kedah lebih dulu memecah kebuntuan menerusi serangan balas pada minit ke 19 yang berjaya disudahkan Nurul Aishah bt Noor Ezam. Namun KLSS Wipers hanya memerlukan 5 minit berselang bagi menyamakan kedudukan apabila Hasya Syahida bt Saifuddin bijak memperdaya penjaga gol MSN Kedah dalam situasi kelam kabut dihadapan pintu gol pasukan pelawat tersebut.

Biarpun KLSS Wipers cuba mencari gol kemenangan di separuh masa kedua namun kekebalan benteng pasukan pelawat jelas berjaya mengecewakan barisan serangan pasukan bimbingan Cik Kannagi Arumugam. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kekecewaan KLSS Wipers untuk mengutip mata penuh sedikit terubat apabila berjaya memenangi penentuan Shoot Out dengan jaringan 4-3. Keputusan ini meletakkan KLSS Wipers ditangga kedua kumpulan A dibelakang SSTMI manakala MSN Kedah kekal di tangga ke empat kumpulan A.

Dalam perlawanan lain, SSTMI mudah membenam MSSPP-PSHA-USM JUNIORS 8-1 di Bandar Penawar manakala PKS Uniten KPT berjaya menundukkan Zaaba Girls 4-0 di padang SMK Zaaba. Di Batu Pahat pula Johor Jrs tidak menghadapi masalah membenam SMGR 3-0 bagi melengkapkan kesemua perlawanan liga Hoki Remaja wanita Kebangsaan 2017.

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top