Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / KPOP julang THT benam Maybank

KPOP julang THT benam Maybank

Wira. Pemain import dari Korea Selatan Jang Jong Hyun jaringkan hatrik julang THT

Wira. Pemain import dari Korea Selatan Jang Jong Hyun jaringkan hatrik julang THT

Bukit Jalil, 7 November  2014; Pemain import dari Korea Selatan Jang Jong Hyun menjadi wira pasukan THT apabila menjaringkan hatrik bagi membantu THT membenam cabaran Maybank 4-3 dalam pertemuan Liga Premier TNBMHL 2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

THT yang hadir sebagai pasukan pilihan terpaksa menunggu sehingga minit ke 21 bagi membuka jaringan menerusi pakar pukulan sudut penalti dari Korea Selatan Jang Jong Hyun. Namun jaringan tersebut tidak mematahkan semangat Maybank apabila Amerullah Zainol berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang di minit ke 27 perlawanan. Kedudukan terikat kekal sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

Jang Jong Hyun membuktikan pengambilan beliau sebagai tepat apabila sekali lagi menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 37. Maybank yang tersentak dengan jaringan tersebut terus kembali melancarkan serangan dan mereka tidak perlu menunggu lama apabila Mohamad Syafiq Zain berjaya menyamakan kedudukan seminit kemudian.

Gol tersebut menambahkan lagi keyakinan pasukan Maybank, pemain veteran yang juga bekas pemain negara Jiwa Mohan berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 45 bagi membolehkan Maybank mendahului buat pertama kali. Ketika pasukan Maybank dilihat bertambah yakin penyerang THT Firhan Ashaari berjaya menyamakan kedudukan 2 minit kemudian bagi mengikat perlawanan menjadi 3-3.

Perlawanan menjadi semakin rancak dengan kedua dua pasukan saling melancarkan serangan bagi mencari gol kemenangan dan ternyata tuah milik pasukan THT dan juga pemain import dari Korea Selatan Jang Jong Hyun yang buat pertama kali diturun kan apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi pukulan sudut penalti di minit ke 58 dan seterus nya melengkapkan hatrik buat beliau. Kedudukan 4-3 terus kekal sehingga tamat perlawanan dan keputusan ini meletakkan THT gah di persada liga sekurang2 nya sehingga hari Ahad ini.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top