Home / Kejohanan / Tempatan / Piala Tun Abdul Razak 2015 / Kuala Lumpur Ikat Johor

Kuala Lumpur Ikat Johor

Pemain Kuala Lumpur Danial Asyraf cuba menghalang kemaraan permain Johor Mohammad Nor Hafiq Abdul Gaffar

Pemain Kuala Lumpur Danial Asyraf cuba menghalang kemaraan permain Johor Mohammad Nor Hafiq Abdul Gaffar

Bukit Jalil,30 Nov 2015; Kuala Lumpur membuktikan mereka juga pasukan yang perlu di beri perhatian di dalam kejohanan Piala Razak musim ini apabila berjaya mengikat pasukan Johor 4-4 di dalam pertemuan pertama di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung jam 6 petang terpaksa dimulakan jam 8.30 malam apabila hujan lebat melanda Bukit Jalil malam tadi.

Biarpun perlawanan yang tertangguh sedikit merencatkan semangat pemain pemain pasukan namun permainan pantas tetap dipamerkan oleh kedua dua pasukan. Kuala Lumpur lebih dulu membuka jaringan apabila ketua pasukan Mohd Ramadhan Rosli berjaya memperdaya penjaga gawang Johor Mohammad Hairi bin Abdul Rahman di minit ke 4 perlawanan. Gol itu bagaimanapun berjaya membangkitkan semangat pasukan Johor apabila berjaya membolosi gawang Kuala Lumpur menerusi Mohammad Nor Hafiq Abdul Gaffar dan Muhammad Azammi bin Adabi di minit ke 8,10 dan 21 perlawanan bagi mengikat jaringan 3-1 ketika wisel separuh masa pertama di bunyikan.

Menyedari ketinggalan 2 jaringan anak anak buah Muhammad Dharma Raj  Abdullah cuba bangkit dan memperkemaskan lagi permainan di separuh masa kedua dan usaha mereka berhasil apabila pemain remaja negara Nor Hizzat Sumantri berjaya merapatkan jurang di minit ke 40 perlawanan. Kelekaan barisan pertahanan Kuala Lumpur sekali lagi terhukum apabila Johor kembali menjarakkan kedudukan di minit ke 54 menerusi gol padang Mohamad Zulhamizan Awang Abas.

Ketika ramai pemerhati menjangkakan malam gemilang buat Johor, Shahril Saabah sekali lagi membuktikan kehebatan dan ketajaman beliau apabila berjaya menjaringkan 2 gol di minit ke 55 dan 56 perlawanan bagi mengikat perlawanan dengan kedua dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi 1 mata.

Pasukan Kuala Lumpur akan turun menentang pasukan Negeri Sembilan manakala pasukan Johor akan berdepan cabaran Pahang Rabu ini bagi menghadapi perlawanan kedua peringkat Kumpulan 1B Piala Razak 2015.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top