Home / Kejohanan / Kuala Lumpur menang dalam kepayahan

Kuala Lumpur menang dalam kepayahan

Penjaga gol Negeri Sembilan S Kumar terpaksa berhempas pulas menghalang asakan barisan serangan Kuala Lumpur

Penjaga gol Negeri Sembilan S Kumar terpaksa berhempas pulas menghalang asakan barisan serangan Kuala Lumpur

Bukit Jalil, 2 Dec 2015; Kuala Lumpur terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menundukkan pasukan Negeri Sembilan 2-1 dalam pertemuan Piala TNB Tun Abdul Razak 2015 di stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Kuala Lumpur yang berjaya mengikat pasukan Johor dalam pertemuan pertama mereka tempoh hari lebih dulu membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang di sempurnakan oleh pemain kebangsaan Shahril Saabah di minit ke 8 perlawanan. Gol tersebut merancakkan lagi perlawanan dengan kedua dua pasukan saling berbalas serangan. Usaha pasukan Negeri Sembilan mencari gol penyamaan akhir nya membuahkan hasil apabila ketua pasukan mereka Marhan Abd Jalil berjaya menyempurnakan penalti di minit ke 26 perlawanan. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Menyedari hanya kemenangan sahaja yang mampu mencerahkan peluang Kuala Lumpur untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, anak anak buah Dharma Raj Abdullah turun di separuh masa kedua dengan semangat juang yang tinggi. Mereka tidak menunggu lama bagi menambah jaringan apabila Shahril Saabah sekali lagi membuktikan ketajaman beliau dalam menyempurnakan pukulan sudut penalti apabila berjaya membolosi gawang Negeri Sembilan di minit ke 34 perlawanan. Biarpun selepas jaringan tersebut kedua dua pasukan saling berbalas serangan namun kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top