Home / Kejohanan / Antarabangsa / Langkah Kanan

Langkah Kanan

Pemain negara Shahril Saabah berjaya menjaringkan gol pertama negara. Gambar oleh : Yob4ever.com

Pemain negara Shahril Saabah berjaya menjaringkan gol pertama negara. Gambar oleh : Yob4ever.com

Jaringan 3 pemain yang pernah bersama dalam menjuarai kejohanan piala remaja asia sudah cukup untuk Malaysia memperolehi 3 mata berharga dalam perlawanan pertama Piala Sultan Azlan Shah menentang Afrika Selatan di Stadium Azlan Shah,Ipoh sebentar tadi.

Malaysia bermula garang dengan menerapkan permainan bertenaga dan tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan apabila pemain remaja negara Shahril Saabah berjaya menyudahkan hantaran silang Shukri Mutalib pada minit ke 10. Gol itu menambahkan lagi kerancakan permainan apabila Afrika Selatan yang mula bangkit dan sering melancarkan serangan balas ke kubu pasukan negara. Usaha mereka berhasil pada minit ke minit ke 16 apabila pakar pukulan sudut penalti mereka Jethro Eusthice berjaya menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti.

Malaysia terus menerapkan permainan pantas dan dilihat berjaya mengawal bahagian tengah sementara pasukan Afrika Selatan lebih gemar melakukan serangan serangan balas yang pantas yang sering juga berjaya mengucar ngacirkan pertahanan negara yang di pimpian ketua pasukan Azlan Misron.

Separuh masa kedua Malaysia sekali lagi menampilkan permainan bertenaga dan hanya 7 minit sahaja yang diperlukan apabila seorang lagi penyerang muda negara Rashid Baharom menjaringkan gol padang yang cantik pada minit ke 42. Gol itu menambahkan semangat pemain negara dan dilihat terus mengawal permainan.

Ketiadaan Razie Rahim amat terasa apabila 10 pukulan sudut penalti yang berjaya diperolehi gagal dimanfaat sepenuhnya. Sebaliknya pada minit ke 57 Afrika Selatan pula sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh Jethro Eustice. Gol itu sedikit menyentak pasukan negara namun semangat melawan yang diterapkan oleh Muhammad Dharma Raj jelas kelihatan apabila mereka terus mengasak kubu lawan tanpa mengenal erti penat. Ketika permainan seakan akan berakhir dengan seri Faizal Shaari berjaya membuktikan bahawa beliau masih berbisa apabila menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke 63 biarpun pada awalnya Faiz Helmi gagal menampan dengan tepat.

Pasukan Afrika Selatan cuba bangkit mencari gol penyamaan namun segala nya seperti sudah terlewat apabila keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu dalam perlawanan awal petang tadi, pasukan juara dunia Australia membelasah China dengan jaringan 7-0.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top