Home / Kejohanan / Antarabangsa / Malaysia Bangkit

Malaysia Bangkit

 

IPOH, 16 Mac 2014; Pasukan Negara bangkit dari ketinggalan untuk mengikat gergasi Asia Korea Selatan 2-2 dalam pertemuan Piala Sultan Azlan Shah 2014 di stadium Azlan Shah Ipoh sebentar tadi.

Pasukan Korea Selatan dilihat lebih dahulu mengancam kubu negara dengan serangan serangan pantas yang di atur mereka. Pada minit ke 10 gerakan yang bermula di bahagian tengah berjaya disudahkan dengan cemerlang oleh ayam tambatan mereka OH Dae Keun. Gol itu terus membangkit kan lagi semangat pasukan Korea dan memberi tekanan kepada pasukan negara. Gerakan gerakan pantas pasukan Korea sering membuatkan kesilapan dilakukan oleh pertahanan negara.

masVSKorea17

Korea terus melebarkan penguasaan apabila pada minit ke 30 sekali lagi menerusi OH Dae Keun yang menyambar pukulan percuma sehingga mengelirukan penjaga gol muda negara Hafizzudin. Gol itu seolah olah menyedarkan pemain pemain negara dari lena apabila pemain negara terus melakukan asakan tapi gagal membuahkan hasil.

Separuh masa kedua menyaksikan pasukan negara mempamerkan aksi yang lebih memberangsangkan dan corak serangan serangan pantas mula diterapkan namun sering di gagalkan oleh barisan pertahanan pasukan Korea. Namun melalui pukulan sudut penalti pada minit 57, Shahril Saabah berjaya memecah kebuntuan apabila tolakan beliau gagal diselamatkan penjaga gol pasukan Korea.

Gol itu telah membangkitkan lagi semangat pasukan negara dan memberi tekanan kepada pasukan Korea. Pasukan negara sekali lagi berjaya memperolehi pukulan sudut penalti pada minit ke 65 dan kali ini penyerang harapan negara Faizal Shaari berjaya menyudahkan nya dengan cemerlang bagi menyamakan kedudukan.

Pasukan negara dilihat lebih bersemangat dan cuba mencari gol kemenangan namun kedudukan 2-2 kekal sehingga siren penamat dibunyikan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top