Home / Kejohanan / Tempatan / MWHL 2014 / Berita MWHL2014 / MBJB layak ke penentuan tempat ke 3/4

MBJB layak ke penentuan tempat ke 3/4

Pertahanan MSN Kedah cuba menghalang gerakan pemain MBJB

Pertahanan MSN Kedah cuba menghalang gerakan pemain MBJB

Bukit Jalil, 17 April 2014; MBJB berjaya layak ke perlawanan penentuan tempat ke 3/4 setelah menundukkan MSN Kedah 3-1 dalam perlawanan Liga Hoki Wanita Kebangsaan 2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang semalam.

Kedua dua pasukan memerlukan kemenangan bagi melayakkan diri ke penentuan tempat ke 3/4 namun MBJB dilihat lebih bernafsu apabila sering melakukan asakan bermula dari wisel perlawanan dibunyikan. Nurizwana Ahmad Tajudin membuka tirai jaringan di minit ke 6 apabila mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol  MSN Kedah Nor Afini Kamarudin. Norashikin Ruzmi terus menghukum kealpaan barisan pertahanan MSN Kedah di minit ke 19 apabila menyumbat gol kedua MBJB. Nur Atikah Sha’ri berjaya memperolehi gol ke tiga MBJB pada minit yg ke 31 bagi menutup separuh masa pertama dengan jaringan 3-0.

MSN Kedah cuba bangkit di separuh masa kedua namun ketumpulan barisan serangan serta kekurangan idea sering menghampakan mereka. Namun usaha mereka berhasil di minit 69 oleh Roziyana Desa bagi menutup perlawanan mereka bagi musim ini.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top