MBPJ ke 3

Penjaga gol MBPJ M Shafie Baharom berhempas pulas mengawal kubu nya dari dibolosi

Penjaga gol MBPJ M Shafie Baharom berhempas pulas mengawal kubu nya dari dibolosi

Bukit Jalil, 9 Mac 2014; MBPJ terpaksa berhempas pulas selama 70 minit sebelum berjaya menduduki tempat ke 3 Piala Milo MJHL 2014 setelah berjaya menundukkan OLAK PKT 1-0 dalam perlawanan klasifikasi 3/4 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi.

MBPJ bermula garang apabila membolosi gawang OLAK PKT seawal minit ke 3 menerusi pukulan sudut penalti oleh M. Nur Amin M. Zulkifli. Tersentak dengan gol itu OLAK terus menggandakan asakan demi asakan. Namun kekebalan penjaga gol MBPJ serta ketumpulan barisan serangan membuatkan anak buah Sivabalan  Selvadurai terus hampa sehingga siren penamat dibunyikan.

OLAK PKT membawa pulang RM10,000 manakala MBPJ berjaya membawa pulang RM12,000.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top