Home / Kejohanan / MBPJ terus gah di persada liga

MBPJ terus gah di persada liga

Pemain pemain pasukan MBPJ meraikan jaringan kedua mereka yang telah dijaringkan oleh Mohamad Syabil Aizam bin Mohamad Noor

Pemain pemain pasukan MBPJ meraikan jaringan kedua mereka yang telah dijaringkan oleh Mohamad Syabil Aizam bin Mohamad Noor

Kuala Lumpur, 23 April 2017; MBPJ Tiger meneruskan rentak cemerlang mereka sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka di persada liga Remaja Kebangsaan 2017 setelah berjaya menundukkan juara liga musim lalu SSTMI Thunderbolt 3-2 di Stadium MBPJ petang tadi.

Permainan pantas dan saling berbalas serangan dipamerkan oleh kedua dua pasukan sebaik wisel permulaan dibunyikan dan SSTMI Thunderbolt lebih dulu dihadapan apabila Syed Mohamad Syakir bin Syed Cholan berjaya membuka jaringan di minit ke 13 perlawanan. Gol itu telah merancakkan lagi permainan dan masuk ke suku ke dua perlawanan MBPJ semakin memperkemaskan permainan sehinggakan berjaya menjaringkan dua gol dalam tempoh 2 minit menerusi gol padang Muhammad Syafiq Izzudin bin Ibrahim dan Mohamad Syabil Aizam bin Mohamad Noor di minit ke 29 dan 30 perlawanan.

SSTMI Thunderbolt yang ketinggalan terpaksa mengambil risiko dengan lebih mempamerkan corak serangan sehinggakan beberapa kali pintu gol mereka hampir dibolosi menerusi serangan balas pasukan MBPJ. Namun nasib jelas tidak menyebelahi mereka apabila sekali lagi pintu gol mereka dibolosi oleh pasukan MBPJ apabila pakar pukulan sudut penalti MBPJ Tiger Muhammad Nur Asyraf bin Ishak berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke 47 perlawanan bagi menjadikan kedudukan 3-1 sehingga tamat suku ke 3 perlawanan.

SSTMI Thunderbolt yang berusaha mencari gol bagi mengejar kedudukan berjaya menambah gol pada minit ke 55 perlawanan namun kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan. Biarpun terjadi sedikit kekecohan setelah tamat perlawanan namun kebijaksanaan dan kawalan dari barisan kejurulatihan kedua dua pasukan berjaya mengawal keadaan.

Jurulatih MBPJ tiger yang ditemui selepas tamat perlawanan jelas gembira dengan aksi anak anak buah beliau yang bangkit dari ketinggalan serta menyifatkan kejayaan ini satu kejayaan yang cukup membanggakan kerana lawan yang ditewaskan mereka adalah juara liga musim lalu. Namun menghuni tangga teratas liga bukan lah tiket untuk mendabik dada kerana tekanan pasti dirasakan apabila menghuni tangga teratas liga buat masa ini.

Bagi jurulatih SSTMI Thunderbolt Wan Mohd Roslan pula kegagalan menyempurnakan deretan peluang di awal permainan akhirnya memberikan lebih tekanan kepada pemain pemain nya sehinggakan melepaskan gol buat pasukan lawan.

Keputusan ini menjadikan MBPJ mengekalkan rekod tanpa kalah seterusnya menerajui liga dengan 12 mata manakala SSTMI Thunderbolt terpaksa meniti liga di tangga ke 5 setelah mengharungi 4 perlawanan.

Lain lain keputusan petang tadi

Division Satu :  Anderson Thunderbolts 1-1 Olak-NurInsafi  (Anderson menang menerusi shoot-out 3-2), BJSS Thunderbolts 4- 0 BJSS Juniors , Johor Juniors 1-0 AHP MSP Thunderbolts , Politeknik Malaysia 3-2 UniKL Young Guns .

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top