Home / Kejohanan / MJHL2017 : Mampukah Young Guns dan MBPJ Tiger padamkan “ego” Thunderbolt?

MJHL2017 : Mampukah Young Guns dan MBPJ Tiger padamkan “ego” Thunderbolt?

Juara Musim lalu BJSS Thunderbolt pasti menjadi pasukan pilihan kejohanan musim ini

Juara Musim lalu BJSS Thunderbolt pasti menjadi pasukan pilihan kejohanan musim ini

Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2017 akan secara rasmi nya akan dimulakan tepat jam 6 petang hari ini setelah hampir setahun berlabuh.  Musim lalu kejayaan pasukan dari Thunderbolt mengungguli 4 tempat teratas pasti menjadi satu kenangan dan kebanggan buat pengurusan dan penyokong mereka namun dengan persediaan yang rapi ditunjukkan oleh pasukan MBPJ dan UniKL pasti akan menghadirkan resah buat pasukan pasukan anak angkat Tenaga Nasional ini.

Seperti musim lalu Thunderbolt akan hadir dengan menurunkan 4 pasukan mereka yang datang dari sekolah sekolah idaman bagi pemain pemain hoki remaja negara iaitu Sekolah Sukan Pahang,Sekolah Menengah Anderson, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dan juara musim lalu Sekolah Sukan Bukit Jalil. Kehebatan sekolah ini tidak perlu diperkatakan lagi dengan pemain pemain mereka adalah pemain “wajib tayang” dalam skuad remaja kebangsaan. Ini terbukti apabila perlawanan pembukaan hari pertama kejohanan liga ini bagi empat pasukan thunderbolt ini terpaksa ditunda kerana pemain pemain 4 pasukan ini terlibat dengan kejohanan hoki Sekolah Sekolah Asia bawah 18 tahun di India.

Pemain terbaik musim lalu Arief Sabron pasti akan mengetuai jenteras serangan pasukan BJSS thunderbolt bagi merobek gawang lawan

Pemain terbaik musim lalu Arief Sabron pasti akan mengetuai jenteras serangan pasukan BJSS thunderbolt bagi merobek gawang lawan

Juara musim lalu, BJSS Thunderbolt pasti akan meletakkan harapan tinggi buat pemain terbaik kejohanan musim lalu Arief Sabron bagi merobek gawang lawan seterusnya mengulangi pencapaian musim lalu. Ketangkasan Luqman Nur Harith pasti ditagih oleh jurulatih mereka Saudara Lokman Yahya bagi mengawal kubu mereka.

Ketajaman "Rentung" akan menjadi igauan buruk buat barisan pertahanan lawan

Ketajaman “Rentung” akan menjadi igauan buruk buat barisan pertahanan lawan

Bagi juara liga musim lalu,SSTMI Thunderbolt kekalahan final musim lalu pasti mau dilupakan dengan membuat persiapan lebih rapi musim ini. Ini terbukti apabila pasukan ini menyahut cabaran MHC bagi mengharungi cabaran kejohanan liga kebangsaan di Division premier. Biarpun berada di tempat tercorot liga namun pengalaman beraksi berhadapan dengan pemain pemain terbaik negara pasti akan menjadi aset paling berharga buat mereka. Ketajaman penyerang muda paling digeruni ketika ini Mohamad Akhimullah bin Anuar Esook pasti akan menjadi igauan buruk pemain pemain pertahanan lawan.

Wan haziq yang berhijrah dari UniKL Young Guns akan menjadi sandaran utama MBPJ Tigers di barisan serangan

Wan Haziq yang berhijrah dari UniKL Young Guns akan menjadi sandaran utama MBPJ Tigers di barisan serangan

Di atas kertas Thunderbolt mungkin melalui laluan pasti ke separuh akhir, namun kelibat dua pasukan iaitu MBPJ Tiger dan UniKL Young Guns tidak boleh dipandang remeh. MBPJ Tiger pasti menjadikan kegagalan musim lalu sebagai pemangkin semangat untuk mereka lebih menyerlah musim ini. Persediaan rapi telah diatur apabila mereka mengharungi pra musim mereka dengan mengharungi kejohanan div 1 liga hoki kebangsaan tempoh hari. Dengan membariskan pemain pemain ‘berpengalaman’ dalam kejohanan liga hoki remaja ini seperti Wan Haziq,Fallah Hassan dan Ahmad Hariz pasti menjadi aset paling bernilai buat jurulatih mereka Saudara Harfizi Baharom. Malah mereka turut diperkuatkan lagi dengan bantuan penyerang terbaik negara Tengku Ahmad Tajuddin dalam memberi inspirasi serta tunjuk ajar bagi membolehkan pasukan  menjadi pesaing utama dalam kejohanan ini.

Pengalaman luas Arul Selvaraj menjadi taruhan utama pasukan UniKL Young Guns dalam merencana strategi pasukan UniKL Young Guns

Pengalaman luas Arul Selvaraj menjadi taruhan utama pasukan UniKL Young Guns dalam merencana strategi pasukan UniKL Young Guns

Bagi pasukan Young Guns pula biarpun hanya enam pemain musim lalu sahaja yang kekal namun kehadiran nama Arul Selvaraj sebagai ketua jurulatih pasti akan membuatkan pasukan pasukan lain tidak senang duduk. Pengalaman bertaraf antarabangsa jurulatih ini serta pernah berguru bersama Paul Revington pasti akan menjadi senjata paling ampuh buat pasukan bertaraf kelab ini. Dengan mengharapkan ketangkasan Suhayl di gawang, serta taktikal ampuh Arul Selvaraj pasukan Young Guns ini pasti akan menjadi pesaing utama kejohanan musim ini.

Dengan 10 pasukan yang akan beraksi di div 1 dan 20 pasukan di div 2 diharap kejohanan ini akan berjaya mencungkil bakat bakat baru buat skuad negara dan seterus nya menjadikan kejohanan ini bukan sekadar pelengkap kalendar MHC. Dan persoalan mampukah MBPJ Tigers dan UniKL Young Guns mampu memadam “EGO” Thunderbolt pasti akan terjawab apabila tiupan wisel penamat kejohanan penghujung Mei ini.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top