Nur Insafi benam Tampin

Penyerang licik Nur Insafi Adam Hafis Hrsikesa Thaitchana Muruthi cuba melepasi pertahanan 1 MAS TBSS Tampin

Penyerang licik Nur Insafi Adam Hafis Hrsikesa Thaitchana Muruthi cuba melepasi pertahanan 1 MAS TBSS Tampin

Bukit Jalil, 26 Februari 2015; Nur Insafi membuktikan mereka merupakan pasukan pilihan bagi menjuarai div 2 musim ini apabila mudah meratah wakil dari  Negeri Sembilan 1 Mas TBSS Tampin 6-2 dalam pertemuan suku akhir Div 2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang semalam.

Biarpun begitu 1 Mas TBSS Tampin dilihat lebih dulu mengawal permainan dalam 5 minit pertama wisel di bunyikan. Namun jelas pasukan dari utara tanah air ini berjaya menyerap asakan dari pasukan lawan dengan jaya nya. Dan kealpaan barisan pertahanan 1 Mas TBSS Tampin berjaya di hukum oleh penyerang Nur Insafi Nur Rahul Hrsikesa Thaitchana Muruthi di minit ke 9 perlawanan. Gol itu berjaya menyuntik semangat pemain pemain Nur Insafi dan mereka berjaya menambah 2 lagi jaringan di minit ke 16 dan 23 menerusi Ahmad Fauzan dan Muhammad Azim. Walaubagaimanapun pasukan 1 Mas TBSS Tampin berjaya merapatkan jurang jaringan di minit ke 29 menerusi m. Fazli Md Zain.

Nur Insafi terus mengganas di separuh masa kedua apabila berjaya menambah 3 lagi jaringan menerusi dua jaringan Faiz Kahar Muzakir dan satu lagi jaringan oleh Muhammad Azim manakala TBSS Tampin menambah gol saguhati mereka menerusi Aiman Shahmi. Kemenangan ini mencerahkan peluang Nur Insafi layak ke separuh akhir div 2 dan seterusnya meletakkan mereka sebagai calon pilihan untuk menjuarai div 2 musim ini.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top