Home / Kejohanan / Tempatan / MJHL 2015 / Piala Liga MJHL 2015 / Berita MJHL 2015 / Nur Insafi Unggul Di Div 2

Nur Insafi Unggul Di Div 2

Pasukan Nur Insafi hockey Club meraikan kejuaraan Div 2

Pasukan Nur Insafi hockey Club meraikan kejuaraan Div 2

Bukit Jalil, 1 Mac 2015; Pasukan Nur Insafi berjaya mengungguli kejuraaan Div 2 setelah berjaya membenam cabaran pasukan SMKDBL PHJ 3-2 dalam perlawanan akhir Div 2 MJHL 2015 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi. Kejuaraan ini menambah kemanisan buat pasukan dari utara tanah air ini yang telah melayakkan diri ke Piala Milo 2015 dan seterus nya melayakkan kembali mereka ke kancah Div 1 MJHL musim hadapan.

Walaubagaimanapun kejuaraan ini tidak hadir dengan mudah apabila terpaksa bangkit dari ketinggalan. Perlawanan pantas di pamerkan oleh kedua dua pasukan sebaik sahaja wisel permulaan di bunyikan. SMKDBL PHJ lebih dulu membuka jaringan apabila ketua pasukan mereka Ramdan Ariffin berjaya menyudahkan pukulan sudut penalti seawal minit ke 6 permainan. Tersentak dengan jaringan tersebut Nur Insafi mengatur dan memperkemaskan kembali permainan namun sering dihampakan oleh ketangkasan penjaga gol SMKDBL PHJ Fahmi Zakaria yang bertindak cemerlang. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Nur Insafi turun di separuh masa kedua dengan penuh semangat bagi mencari gol penyamaan dan usaha mereka berhasil apabila Faiz Kahar Muzakir berjaya menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke 39. Perlawanan kembali seimbang dan rancak apabila kedua dua pasukan saling berbalas serangan dan sekali lagi SMKDBL PHJ berjaya membolosi gawang lawan apabila Fitri Jasni berjaya menjaringkan gol kedua di minit ke 47. Namun ketika keyakinan SMKDBL PHJ memuncak bagi menjuarai div 2 Nur Rahul Hrsikesa Thaitchana Muruthi berjaya menyamakan kedudukan di minit ke 58 sebelum Azim Illias menjaringkan gol kemenangan Nur Insafi di minit ke 63.

Kemenangan ini membolehkan Nur Insafi membawa pulang wang tunai RM5,000 manakala SMKDBL PHJ membawa pulang wang tunai RM3,000.00

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top