Home / Arkib / Arkib Tempatan / MJHL 2014 / Piala Milo / Berita Piala Milo / OLAK dipanah Thunderbolt

OLAK dipanah Thunderbolt

Pertahanan OLAK dipaksa bekerja keras menahan asakan serangan Thunderbolt

Pertahanan OLAK dipaksa bekerja keras menahan asakan serangan Thunderbolt

Bukit Jalil,5 Mac 2014; Pasukan juara musim lalu SSTMI Thunderbolt menepati ramalan awal apabila mudah meratah Olak PKT 6-1 dalam pertemuan pertama separuh akhir MJHL2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Thunderbolt membuktikan bahawa mereka ada lah pasukan pilihan apabila membolosi gawang Olak pada minit ke 3 menerusi pakar pukulan sudut penalti mereka Muhamad Aminudin Mohd Zain. Serangan bertali arus terus dilakukan oleh Thunderbolt sehingga tamat separuh masa pertama dan mereka berjaya memperolehi 2 jaringan lagi sebelum siren separuh masa pertama di bunyikan.

Thunderbolt terus mengukuhkan lagi cengkaman mereka apabila mudah menjaringkan gol seawal minit ke 5 separuh masa kedua sebelum Olak cuba merapatkan kedudukan pada minit ke 57. Namun sebelum siren penamat di bunyikan Thunderbolt berjaya menambah 2 gol lagi bagi menutup perlawanan dengan jaringan 6-1.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top