Home / Arkib / Arkib Tempatan / MJHL 2014 / Piala Milo / Berita Piala Milo / Olak layak dalam cemas

Olak layak dalam cemas

Olak terpaksa bekerja keras sebelum layak dgn agregat 4-3

Olak terpaksa bekerja keras sebelum layak dgn agregat 4-3

Bukit Jalil,2 Mac 2014; OLAK PKT terpaksa bekerja keras sebelum layak ke separuh akhir MJHL 2014 biarpun tewas di tangan MHS dengan jaringan 2-0 di stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Olak layak dengan agregat 4-3.

Kemenangan 4-1 pada perlawanan pertama yang lalu menyebabkan mereka turun dengan tanpa semangat yang tinggi. Malah dari awal perlawanan lagi dilihat pasukan MHS mengawal permainan dan dilihat sering mengancam kubu pasukan Olak. Jika tidak kerana ketumpulan barisan serangan MHS sudah pasti Olak akan pulang dengan kecewa pada malam ini.

Walaupun gagal memecah kebuntuan pada separuh masa pertama, MHS tetap meneruskan aksi cemerlang mereka dengan menggandakan asakan dan hasilnya mereka berjaya mendahului pada minit ke 60 melalui satu jaringan padang. Gol itu telah membangkitkan lagi semangat mereka dan mereka berjaya menambah jaringan pada minit ke 67 melalui pukulan sudut penalti. Namun ianya sudah terlambat apabila Olak PKT berjaya mempertahankan keputusan itu dan seterusnya layak ke separuh akhir.

Olak PKT akan bertemu dengan juara bertahan SSTMI Thunderbolt pada perlawanan separuh akhir nanti

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top