Home / Arkib / Arkib Tempatan / MJHL 2014 / Piala Milo / Berita Piala Milo / Misi terlaksana – OLAK

Misi terlaksana – OLAK

Pemain OLAK gembira setelah berjaya menyamakan kedudukan

Pemain OLAK gembira setelah berjaya menyamakan kedudukan

Bukit Jalil, 21 Februari 2014: OLAK PKT berjaya mengesahkan diri untuk layak ke pusingan kalah mati Piala MILO biar pun hanya mampu seri 1-1 ketika bertemu BJSS sebentar tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam pertemuan play off Kumpulan X.

Walau bagai mana pun BJSS lebih dulu menguasai perlawanan dan pada minit ke 20 Abdul Syafiq berjaya menjaringkan gol padang buat BJSS. Gol itu telah menambah tekanan pada OLAK yang memerlukan keputusan seri bagi melayakkan diri mereka ke peringkat seterusnya.

OLAK mula menggandakan usaha di separuh masa kedua dan mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 65 oleh Shafieq Dzulkifly. Jaringan itu bukan sahaja berjaya membawa OLAK ke peringkat seterusnya malah berjaya mengembalikan OLAK ke div 1 dan meletakkan mereka kembali sebaris dengan kelab kelab elit yang lain.

Keputusan seri ini juga akan menjadikan perlawanan esok di antara BJSS dan Nur Insafi satu pertemuan hidup mati kerana masing masing memerlukan keputusan yang baik bagi mengiringi OLAK ke peringkat seterus nya.

 

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top