Home / Arkib / Arkib Tempatan / MJHL 2014 / Piala Milo / Berita Piala Milo / Olak PKT, MSP Pahang jrs Garang

Olak PKT, MSP Pahang jrs Garang

Olak membuktikan mereka adalah pasukan pilihan Piala Milo

Olak membuktikan mereka adalah pasukan pilihan Piala Milo

OLAK PKT membuktikan mereka adalah pasukan pilihan utama untuk layak ke suku akhir Piala Milo 28hb ini. Ini terbukti apabila mereka mudah menundukkan pasukan dari utara iaitu Nur Insafi 4 gol berbalas 1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi.

Kini mereka hanya memerlukan seri sahaja untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir piala milo dan berdasarkan persembahan yang mereka tunjukkan petang tadi, ianya tidak mustahil bagi pasukan dari Klang ini.

OLAK PKT mendahului seawal minit ke 11 melalui pemain lincah mereka V Dilip sebelum menambah derita Nur Insafi 3 minit kemudian. Pada minit ke 24 OLAK sekali mengukuhkan kedudukan menjadikan 3-0 melalui Mawardi Hamirin.

Pada minit ke 40 OLAK,  Mawardi sekali lagi menambah gol peribadi nya yg ke 12 bagi kejohanan tahun ini melalui pukulan penalti. Nur Insafi memperolehi gol saguhati pada minit ke 59 oleh Abdul Muhaimin Abdul Aziz melalui pukulan sudut penalti.

Gol minit akhir MSP Pahang JRS berjaya membenam pasukan MSSK

Gol minit akhir MSP Pahang JRS berjaya membenam pasukan MSSK

Dalam satu perlawanan lagi gol minit akhir oleh pemain lincah Mohd Alif Nor Faizal membolehkan MSP Pahang JRS berjaya menundukkan seteru mereka dari pantai timur BAKAT MSSK / PHK dengan keputusan 3-2.

Namun pasukan dari Pahang ini terlebih dahulu dibolosi oleh MSSK apabila Ashraf Mohd Noor berjaya menjaringkan gol pada minit ke 12 sebelum MSP Pahang berjaya menyamakan kedudukan 4 minit kemudian oleh Aidil Adha Shah.

Ashraf Mohd Noor sekali lagi membuktikan beliau juga pemain yang harus diberi perhatian oleh pertahanan lawan apabila sekali lagi menjaringkan gol bagi pasukan MSSK pada minit ke 37. Namun peluang menjaringkan hatrik melalui pukulan penalti gagal disudahkan dgn baik oleh Ashraf.

Usaha bertali arus MSP Pahang mencari gol penyamaan terhasil apabila Irfan Wafiq Hishamudin berjaya menyudahkan pukulan sudut penalti dengan begitu baik. Ketika perlawanan dilihat akan berkesudahan seri, Mohd Alif Nor Faizal berjaya menyudahkan bola muntah hasil pukulan sudut penalti pada minit ke 70 perlawanan.

 

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top