Home / Kejohanan / Pahang Julang Piala Bawah 16 Tahun

Pahang Julang Piala Bawah 16 Tahun

Pahang menjulang kejuaraan Bawah 16 Tahun buat kali pertama

Pahang menjulang kejuaraan Bawah 16 Tahun buat kali pertama

Bukit Jalil, 29 Mac 2015; Pahang membuktikan persediaan yang rapi yang telah di susun selama ini membuahkan hasil apabila menjulang kejuaraan 1Mas Milo Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2015 buat kali pertama. Mereka berjaya menundukkan Melaka 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium hoki Nasional Bukit Jalil tempoh hari.

Seperti yang dijangka kan, permainan pantas di pamerkan kedua2 pasukan sebaik siren permulaan di bunyikan. Kedua dua pasukan saling berbalas serangan. Namun Pahang yang merupakan pasukan pilihan lebih teratur dalam melancarkan serangan. Usaha mereka berhasil di seawal minit ke 7 menerusi gol padang pemain muda berbakat besar mereka Mohd Kamil. Gol itu merancakkan lagi permainan namun segala usaha kedua dua pasukan membolosi gawang lawan menemui jalan buntu. Ketika permainan semakin rancak perlawanan terpaksa di hentikan di minit ke 32 apabila hujan lebat yang turun membasahi Bukit Jalil. Permainan yang bersambung selepas itu kekal dengan kedudukan 1-0 sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

Melaka yang mula mempamerkan permainan agresif sebaik perlawanan separuh masa kedua di mulakan bagi mencari gol penyamaan. Namun usaha mereka sering dipatahkan oleh barisan pertahanan pasukan Pahang dengan mudah. Malah beberapa pukulan sudut penalti yang diperolehi juga gagal menemui jaring lawan. Ketumpulan demi ketumpulan barisan serangan Melaka akhirnya dihukum oleh pasukan Pahang apabila Mohd Idris Mohamed berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 55 bagi menjadikan kedudukan 2-0. Melaka yang cuba bangkit selepas itu masih terus buntu memecah benteng lawan dan kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan bagi membolehkan Pahang menjulang kejuaraan buat kali pertama.

Senarai Pemenang Kejohanan Hoki 1Mas Milo Bawah 16 tahun Kebangsaan 2015 (Lelaki)

Juara – Pahang

Naib Juara – Melaka

Ketiga – Perak

keEmpat – Johor

Penjaga Gol Terbaik – Muhammad Izhar (Perak)

Penjaring Gol Terbanyak –Muhammad Idris (Pahang)

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir – Mohammad Kamil (Pahang)

Pemain Terbaik Kejohanan –Muhamad Izham  (Pahang)

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top