Home / Berita & Artikel / PDRM dan Masyarakat Berpisah Tiada

PDRM dan Masyarakat Berpisah Tiada

Pegawai pegawai PDRM berssama pelajar pelajar sekolah dalam Program Pembangunan Hoki PDRM di Stadium Hoki Kompleks Tuanku Syed Putra Kangar pada 14 Julai 2019 yang lalu

Apabila disebut sahaja nama PDRM sudah pasti ramai diantara kita yang membayangkan insan insan yang berpakaian seragam penuh segak dengan wajah yang penuh serius bertugas demi menjaga keamanan negara. Sehinggakan adakalanya kita lupa dan menjadi takut apabila berselisih dengan mereka. Disebabkan persepsi inilah juga adakalanya kita melihat hubungan kemasyarakatan diantara rakyat biasa menjadi longgar.

Pada artikel ini, kami cuba mengupas sedikit peranan serta cuba membuka mata para peminat hoki disebalik tabir PDRM dalam membantu membangunkan serta mendekati masyarakat menerusi sukan terutama dalam sukan hoki.

Jika melihat dari sudut penglibatan pasukan hoki PDRM dalam kancah arena tempatan, tidak perlu dipertikaikan lagi kesungguhan mereka dalam membentuk pasukan. Ini jelas terbukti jika melihat kejayaan mereka menjadi Juara Piala Presiden TNBMHL 2017 serta menjadi naib juara Piala Razak pada tahun 2016. Malah mereka tidak pernah ketinggalan dalam menyertai kejohanan kejohanan tempatan yang melibatkan agensi agensi kerajaan di dalam negara.

Dua pemain wanita negara Inspektor Hasliza dan Inspektor Farah Ayuni yang kini membuka lembaran sebagai Inspektor Polis

Selain penglibatan pasukan demi merancakkan kancah kejohanan hoki di dalam negara, PDRM juga dilihat banyak membuka ruang dan peluang kepada pemain pemain hoki negara yang berkelayakan menjadi anggota polis demi karier dan masa depan pemain itu sendiri. Peluang peluang ini sudah pasti menjadi satu platform yang cukup dinanti nantikan oleh pemain pemain negara. Ini terbukti apabila nama nama seperti pakar pukulan sudut penalti negara Razie Rahim dan Nabil Fikri serta penjaga gol terbaik negara yang kini semakin mengukir nama dipentas antarabangsa Farah Ayuni kini sudahpun bergelar anggota polis yang berpangkat Inspektor. Malah kemasukan mereka menjadi anggota tidak sedikit pun mengganggu konsistensi mereka dalam aksi bersama negara malah boleh dikatakan disiplin yang diterapkan didalam PDRM telah meningkatkan lagi mutu permainan mereka ketika beraksi bersama negara.

Kehadiran pakar pukulan sudut penalti negara Inspektor Razie Rahim pasti memberi semangat dan tarikan buat pelajar pelajar menyertai program anjuran PDRM

Tidak cukup dengan itu PDRM kini mula mengorak langkah setapak lagi menerusi program pembangunan Hoki bersama pelajar pelajar mula dilaksanakan. Dengan program pertama telah pun berlangsung pada 14 Julai yang lalu di Stadium Hoki Kompleks Tuanku Syed Putra Kangar. Kehadiran kehadiran pemain pemain utama negara seperti Inspektor Razie Rahim, Inspektor Nabil, Inspektor Hasliza dan Inspektor Farah Ayuni pasti menjadi pemangkin semangat serta tarikan buat pelajar pelajar menyertai program ini. Malah program ini dilihat bukan sahaja sebagai satu program CSR tetapi mempunyai misi serampang 2 mata yang menyedarkan masyarakat dan pelajar pelajar dalam bahaya jenayah. Lebih menarik lagi program ini turut disertai oleh agensi Anti-Doping Agency Malaysia (ADAMAS) dan pameran pencegahan jenayah oleh JPJKK serta tajaan dan bantuan dari pihak Milo.

Program ini dilaporkan akan bergerak ke 13 buah negeri lagi bagi memberikan gambaran terbaik kepada anak muda mengenai kerjaya dalam PDRM, sukan serta keperluan dalam pengetahuan pencegahan jenayah. 

Dengan sedikit kupasan ini jelas membuktikan PDRM kini bukan sahaja dilihat sekadar sebagai agen penguatkuasa undang undang tetapi semakin mendekati masyarakat sesuai dengan tagline mereka PDRM dan “Masyarakat Berpisah Tiada”

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top