Home / Kejohanan / Antarabangsa / Pengajaran berguna dari Australia

Pengajaran berguna dari Australia

Pemain Australia meraikan jaringan ke 6 mereka melalui pukulan sudut penalti

Pemain Australia meraikan jaringan ke 6 mereka melalui pukulan sudut penalti

Ipoh,22 Mac 2014; Australia memberi pengajaran berguna buat pemain negara terutama pemain pemain muda apabila mudah membenam Malaysia 6-2 dalam pertembungan terakhir peringkat kumpulan Piala Sultan Azlan Shah 2014 di Stadium Azlan Shah, Ipoh sebentar tadi.

Australia hadir sebagai pasukan no 1 dunia dan menampilkan pemain pemain utama mereka pada kejohanan kali ini bagi membuat persediaan menghadapi piala dunia jun ini. Ini terbukti apabila mereka mengawal permainan sejak siren permulaan lagi. Gol pertama mereka hadir pada minit ke 17 dan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Kealpaan barisan pertahanan negara di awal babak kedua mengundang padah apabila Australia mudah membolosi gawang negara 4 kali dalam tempoh 10 minit dan menambah gol ke 6 pada minit ke 57. Namun barisan negara bangkit dihujung babak permainan apabila Faizal Shaari menyumbat 2 gol melalui pukulan sudut penalti.

Malaysia layak ke perlawanan akhir atas tiket perbezaan jaringan gol setelah Korea Selatan hanya mampu menundukkan Afrika Selatan dengan jaringan 5-2.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top